Story pulau aman ni sebenarnya story empat bulan yang lepas. Walaupun dah basi, tapi aku nak post gak story ni supaya aku x lupa yg aku dah jejak pulau kecil ni..heeee
Kalau tak silap aku ler, bulan Februari yang lepas, aku balik kampung kat Parit Buntar. Tetiba je masa kat kampung, aku teringin nak makan mee udang. Teringat yang kakak aku (Kak Tikah) pernah cakap yang mee udang Pulau Aman sedap. Aku pun roger kak Tikah ajak dia gi.. lepas diskusi, ni ler ahli rombongan yang join...
Selain family Kak Tikah, family Aku, adik aku, si Daud n Ajai pun join sekali
Dari rumah mak aku, dalam 30 minit je dah sampai Jeti Pulau Aman ni. Kami guna highway exit kat Batu Kawan.
Tuan blog pun nak bergambar gak..hihi
Tengah tunggu bot..
Bot dah sampai...
seram gak tgk bot tu. kecik jer...rasa macam x selamat je..huhu
Tapi, memandangkan pulau tu dekat jer, aku pasrahkan diri... View belakang tu adalah view Pulau Aman...kecik jer Pulau ni
Ni ler view dalam bot tu..muat dalam 20 orang jer..Amar siap menari2 dalam bot tu..
Budak yang bawa bot tu tegur kakak aku. Rupanya dia kenal kakak aku sebab Kak Tikah pernah jadi cikgu kat Pulau Aman ni dalam 13 tahun yang lepas. masa tu, budak bot ni masih budak sekolah rendah...kecikkan dunia ni...
Haaa...dalam 15 minit naik bot, kami pun sampai jeti Pulau Aman..
Jejak je kaki kat Pulau Aman ni, kita terus boleh jumpa sekolah kebangsaan Pulau Aman ni. Tepi sekolah, ada masjid. Kat sekolah ni ler tempat kakak aku pernah bertugas. Dalam 3 tahun rasanya kakak aku dok kat Pulau Aman ni.
Kakak aku siap amik gambar kenangan kat sekolah ni...kenangan lama tu..hihi
Destinasi seterusnya, kami singgah kedai mee udang yang dekat dgn sekolah tu...Tokei kedai ni baik dengan kakak aku masa kakak aku keje kat Pulau ni dulu.
Tu dia!!! semua tengah layan mee udang...perghhh,,,,sedap wei!!!
Lepas melantak, kitorang gi menjelajah Pulau... sebab panas sgt, tu ler rupanya en faiz..hihi
Sepanjang laluan jalan kaki tu, kita boleh tgk homestay di kiri kanan kita..macam2 design homestay ni..
Banyak gak homestay yang betul2 tepi pantai.. ada yang atas air.
Kami terus jalan cari Telaga Emas. Telaga Mas ni antara tempat yang perlu korang lawati di Pulau ni.. ada signboard yang disediakan utk ke Telaga Mas ni..
Jauh gak nak ke Telaga Emas ni...huhu..kena menyusuri sepanjang pantai. Berpeluh gak ketiak aku..huhu
Boleh nampak Jambatan Pulai Pinang Ke2 dari ni..
Haaa...dah sampai ke Telaga Emas!!!
Ini ler story pasal telaga Emas tu..korang baca ler sensiri yek..
Dah penat berjalan, kitorang patah balik ke Jeti utk balik. Bangunan bumbung merah kat belakang tu adalah Restoran Mee Udang yang paling besar kat Pulau Aman ni.
Tokei restoran ni merupakan pembekal utama udang ke semua kedai2 di Pulau Aman ni. tu info yang aku dapat dari Kak Tikah ler..
Kalau x silap aku, ni jeti untuk bot ambulans. Kalau ada org sakit, diorang akan hantar pesakit guna bot ambulans dari jeti ni sbb Pulau ni hanya ada klinik kecil jer..
Dah sampai ke Jeti Batu Kawan. Ni ler view dari tempat naik bot..
Ni view Jeti Batu Kawan.
Kalau korang nak santai2 makan mee udang, sila le datang ke Pulau ni. Dekat jer dari Exit Highway Batu Kawan tu..
Harga tiket bot tu kalau aku aku x silap, rasanya RM6 utk dewasa dan RM4 utk kanak2, pergi dan balik. Tiket hanya bayar di Jeti Batu Kawan. Parking kat Jeti Batu Kawan ni kena bayar RM2. InsyaAllah, parking anda selamat...
No comments:
Post a Comment