Tuesday, March 13, 2018

12 tahun dah tido sekatil

11.3.2006 - 11.3.2018. Alhamdulillah atas rezeki yang Allah beri selama 12 tahun ni. Rezeki memiliki seorang lelaki bergelar suami, teman tidur sekatil dan juga kawan baik.

Asalnya ingat nak plan something untuk anniversary kali ni. Tapi, dek kerana anak2 tengah busy dengan preparation untuk exam minggu ni, maka kami tangguhkan semua plan tu. 

So decide utk celebrate simple2 je just untuk kenangan. Jadi, malam anniversary tu lepas anak2 masuk tidur, kami berdua keluar dating jap. Saja nak ambik feeling dating tengah2 malam macam time berdua dulu2.. hehe

Pusing2 Bangi, tak tahu nak lepak mana.. lastly, lepak kat McDonald je..hakhak. Rupanya McD time tengah2 malam ni penuh orang gak.. mujur kebetulan masa kitorang sampai, ada couple ni baru bangun dari meja. Betul2 rezeki kitorang..



Apasal le muka laki aku gitu :)- hahaha, dah ngantuk le tu

Lepas sejam lepak sambil borak2, kitorang pun balik. Risau gak takut si kecik yana tu terjaga cari mama.

Semoga Allah panjangkan jodoh kami berdua dan sentiasa penuhkan jiwa kami dengan rasa cinta dan kasih sayang. Aminn..


No comments:

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.