Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Wednesday, December 11, 2013

Icon bisnes online pilihan Af-Aziey


thevoicedesigns.blogspot.com
Mmm..actually, agak susah bagi aku untuk tulis entry pasal tajuk yang diberi ni…tambahan lak definisi icon tu agak sukar untuk aku definisikan… dan aku rungkaikan definisi icon ni sebagai seseorang yang menjadi inspirasi aku untuk berblogging seterusnya untuk berbisnes online sekiranya serunya tiba suatu hari kelak.

Kesukaran ini juga disebabnya factor aku masih di kategori junior dalam dunia online ni..walaupun blog ni dicreate pada tahun 2008 (5 tahun yang lalu), tapi blog af-aziey.blogspot.com ni kurang aktif pun sebelum ni disebabkan kesibukan kerja. Buktinyer, tengokler statistik entry aku …

Dalam tempoh 2008 hingga 2011,  komitmen kerja menjadi keutamaan aku mengetepikan kehidupan aku dan keluarga.. Tengokler tahun 2010, langsung aku tak update apa-apa di blog ni.. 



Kemudian aku pindah kerja pada Mac 2012. Bermula detik ini, aku mendapat semula kehidupan aku..aku ada masa yang cukup untuk keluarga, anak2 dan diri aku..dan turut ada masa untuk menjenguk blog aku..

Kenali dulu pencipta blogspot

Sebelum aku jawab soalan task 3 ni, aku nak slotkan citer pasal mamat Evan Williams. Jom kenali sedikit mamat ni..Evan Williams yang lahir pada 31 Mac 1972 di Nebraska, merupakan pencipta Blogspot yang merupakan situs blog pertama, yang kemudiannya dijual kepada Google pada tahun 2005 seharga Rp 400 milliar. Awalnya bernama Blogger dan kini lebih dikenal sebagai Blogspot. Williams ni juga adalah pencipta Twitter.

http://rockypanjaitan.blogspot.com/2010/03/siapakah-pencipta-blog.html
Kenapa mengenali mamat ni penting bagi aku? Sebabnya, kalau takde mamat ni, maybe aku tak kenal dunia blogger kot..hehe..so, aku rasa wajar semua blogger yang menggunakan domain blogsot macam aku ni perlu mengenali si mamat ni..

Icon Pilihan Af-Aziey

Dan untuk menjawab soalan task 3 ni, aku nak kenalkan seorang insan yang aku kenali dalam dunia blogger. Maybe insan ni hanya insan biasa bagi korang, tapi… kalau tiada insan ni, aku takkan mengenali dunia blogger ni dengan lebih jauh…Meh aku kenalkan sapa Mr Online yang menjadi Icon aku..

 www.mediarcorp.com 
Hehe..diperkenalkan tidak lain dan tidak bukan, blogger terkenal…Mr Ben Ashaari!!! (announcement ala-ala anugerah skrin yer..)


Sejak berubah kerja Mac 2012, skop kerja yang berubah juga menyebabkan aku terdedah pada dunia teknologi.. kerja harian aku memerlukan aku banyak menggunakan khidmat carian Mr Google..dan akhirnya, dalam menggoggle mencari maklumat berkaitan kerja, aku dijodohkan bertemu dengan blogger bernama Ben Ashaari..

Kenapa Ben Ashaari menjadi icon aku? Ni jawabnya…











Antara iklan yang ditempek di blog ben ashaari...hmmm, banyakkan?
Teruskan impian abg ben..semoga berjaya suatu hari kelak!!!

Buat masa sekarang, belum sampai lagi seru untuk aku terjebak dalam dunia bisnes online  sepenuhnya.. biarlah blog ni sekadar catatan santai aku untuk tatapan anak2 kelak..sampai seru nanti, aku akan berguru lebiuh dengan abg Ben..boleh yek abg ben??? Bila sampai seru untuk besbiz Shaklee, aku akan berguru lak dengan otai2 Shaklee macam list penganjur/sponsor di bawah ni….

Contest iPhone 5s – Revolusi Bisnes Online ini dibawakan untuk anda oleh Wanita dan Ibu Bisnes Online Dari Rumah dan Pengedar Shaklee Terbaik Malaysia. Contest ini ditaja olehMamaSihat.Com bersama Kumpulan Pengedar Shaklee di bawah Rangkaian Pengedar Shaklee Malaysia yang menyediakan kepakaran dalam Set Kesuburan Shaklee untuk ikhtiar hamil, Set Kehamilan Shaklee untuk ibu mengandungSet Bersalin Shaklee untuk ibu berpantangSet Penyusuan Shaklee untuk ibu menyusuSet Kurus Shaklee untuk Slimming, disamping pelbagai Produk Shaklee lain untuk mengatasi pelbagai maslah kesihatan seperti ESP ShakleeVIVIX Shaklee, juga VIVIX Shaklee untuk ikhtiar berhenti merokokdanVIVIX Shaklee untuk ikhtiar hindar DiabetesSet Anak Pintar Shaklee untuk membantu tingkatkan prestasi pelajar sekolah dan juga kolej. Sekiranya anda berminat, boleh Daftar Ahli Shaklee dengan Pengedar Shaklee Terbaik di sini.



Sunday, November 24, 2013

Bisnes Online pilihan Af-Aziey dan Income yang Af-Aziey impikan dari bisnes online

Hmmm…task 2 ni buat aku termenung sekejap fikirkan sesuatu yang pernah aku impikan suatu ketika dulu. 

Bisnes online pilihan Af-Aziey

 www.diytravelogue.com
Habis je study degree, aku terus sambung Master di UKM . Time  tu, mmg banyak masa free. Almaklum ler masih bujang, duduk plak jauh dari keluarga.. Disebabkan aku minat dengan dunia bakery, aku selalu tolong mak kawan aku buat kek, tart dan macam-macam lagi.. kadang2 kami kena buat sampai 2000 biji tart buah sehari..walaupun penat, tapi aku enjoy sangat sebab minat kot. Bila nak raya, aku suka sangat buat biskut raya terutamanya biskut almond london. Bila tengok hasil tangan aku tu, aku memang pasang impian untuk buka bakery. Tapi, lepas kawin dan sibuk dengan anak-anak, impian tu tersimpan rapi di lubuk hati aku. Oven pun aku dah lama tak sentuh..hehehe.

So, task ni membuatkan aku membuka semula lubuk hati aku melihat impian lama aku semula..terbayang Bakery Af-Aziey yang berjaya mengambil tempat di dunia bisnes online suatu hari kelak. InsyaAllah, semoga impian ini termakbul suatu hari kelak. 

Income yang Af-Aziey impikan dari bisnes online

Berbicara pasal income yang diimpikan lak, aku rasa semua orang nak income yang lumayan..tul tak? 
Income yang membolehkan kita memiliki sebiji istana idaman...
www.emirates247.com










Income yang membolehkan kita bergaya dengan kereta mewah..









Mmm, kalau aku lak...boleh tak kalau aku cakap yang aku nak impikan seperti dalam lirik lagu  kalau aku kaya’ nyanyian Altimet feat dan Awi Rafael. Ni liriknye..

Kalau aku kaya
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0

Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama

Kalau aku kaya Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir
Aku panggil dia der
Der, tolong hantar mak aku pegi pasar
Belikan nasi lemak
Boss engkau dah lapar
Aku belikan Kim K, kain lebih
Pesan dia tolong tutup aurat, terima kasih

Biar aku belanja, subsidi gula
Korang kena kencing manis aku tanggung rawatan semua
Pening apa semua benda aku yang sponsor
Kalau korang takut trafik kita naik helikopter
Kalau aku mampu
Buat suka hati aku

Walaupun nampak macam sempoi je, tapi lirik lagu ni menarik sebab banyak yang tersirat sebenarnya. Yang aku highlight merah tu, adalah sesuatu yang perlu kita fikirkan sekiranya kita kaya kelak… sebabnya kekayaan ni selalu buat kita alpa kan?

Kaylah, berbalik pada skop ‘apa yang Af-Aziey impikan dari bisnes online’, ada beberapa perkara yang aku impikan...antaranya;

i.                    Rezeki yang halal.
            
Walaupun tak banyak tapi cukup untuk bantu suami menyediakan keperluan hidup yang selesa untuk kami sekeluarga..sebolehnya income itu sama dengan gaji sekarang supaya boleh cover semua perbelanjaan keluarga..bayar loan rumah, loan kereta, personal loan, kos sekolah anak-anak, makan-minum anak-anak, duit belanja untuk mak di kampung dan cukup untuk simpanan hari tua..
Dan juga cukup supaya aku tak stress dengan masalah kewangan macam kucing ni..sian aku tengok kucing ni stress..huhu 

 (sumber: http://omjek.com)

ii.                  Rezeki yang konsisten
           

Aku pasti semua orang nak income yang masyuk setiap hari atau setiap bulan. Tapi, sebenarnya susah nak pastikan amaun income yang kita perolehi tu. Apapun, kita mesti berdoa dan berusaha agar diberikan rezeki yang bertambah setiap hari.


Selain dari income yang halal dan menguntungkan, ada benda yang lebih penting bagi aku iaitu tanggungjawab aku as a wife and mother. Lagipun, harta yang lebih bernilai bagi aku adalah keluarga yang bahagia..

Macam padan je gambar ni nak gambarkan family aku..maklumler si abah dan si mama pun dah tembam mcm pingu ni..hikhik..

Sunnah Allah memutuskan rezeki tidak diperolehi kecuali dengan usaha dan bekerja, dan ini merupakan perkara yang diperintahkan oleh syara’. Ada juga manusia yang bijak dan berusaha bersungguh-sungguh siang dan malam tetapi rezeki mereka sedikit. Ada juga yang hanya berusaha sedikit tetapi memperolehi harta yang banyak. Malah ada yang didatangi rezeki tanpa berpenat lelah dan sebarang usaha. Walau apupun yang kita impikan, kita tetap kena ingat bahawa rezeki ni dari Allah. Yang penting, kita mesti bersyukur dengan apa yang diberiNya. Rezeki,ajal dan jodoh dah tertulis di luh mahfuz dan dan segalanya diadaptasikan menjadi erti kata lain sebagai takdir.

Hehe, dah panjang aku melalut ni.. Sebenarnya, sejak join contest ni, aku makin aktif blogwalking ke blog blogger lain..makin banyak informasi yang aku dapat pasal dunia bisnes online ni. Terdetik juga di hati untuk buat business online ni. Maybe suatu hari nanti aku akan buat kot, biar masa yang tentukan kelak…:) 

Contest iPhone 5s – Revolusi Bisnes Online ini dibawakan untuk anda oleh Wanita dan Ibu Bisnes Online Dari Rumah dan Pengedar Shaklee Terbaik Malaysia. Contest ini ditaja olehMamaSihat.Com bersama Kumpulan Pengedar Shaklee di bawah Rangkaian Pengedar Shaklee Malaysia yang menyediakan kepakaran dalam Set Kesuburan Shaklee untuk ikhtiar hamil, Set Kehamilan Shaklee untuk ibu mengandungSet Bersalin Shaklee untuk ibu berpantangSet Penyusuan Shaklee untuk ibu menyusuSet Kurus Shaklee untuk Slimming, disamping pelbagai Produk Shaklee lain untuk mengatasi pelbagai maslah kesihatan seperti ESP ShakleeVIVIX Shaklee, juga VIVIX Shaklee untuk ikhtiar berhenti merokokdanVIVIX Shaklee untuk ikhtiar hindar DiabetesSet Anak Pintar Shaklee untuk membantu tingkatkan prestasi pelajar sekolah dan juga kolej. Sekiranya anda berminat, boleh Daftar Ahli Shaklee dengan Pengedar Shaklee Terbaik di sini.

Sunday, November 10, 2013

Bisnes Online menurut pandangan Af-Aziey.

Entry ni adalah assignment utk first task bagi Contest iPhone 5S. Aku saje je cuba-cuba hanter entry hari tu. Tak sangka lak terpilih antara 31 blogger yg mana kebanyakannya adalah otai2 blogger. Apa pun, thanks to penaja2 yg sudi memilih entry aku tu...:)

So, jom kita settlekan task ni..apa pandangan aku tentang Bisnes Online ni? (huhuhu..rasa macam buat esei lak)

Bagi aku, Bisnes Online ni merupakan satu lagi cabang perniagaan yang boleh diterokai oleh mereka yang berminat dalam dunia bisnes. Maklumler, dalam zaman yang mana teknologi siber makin berkembang pesat, pelbagai teknologi dan aplikasi telah dibangunkan seperti facebook, twitter, blog dan macam2 lagi...bagi mereka yang berkemahiran dalam bidang internet, semua aplikasi ini boleh digunakan sebagai medium untuk berhubung dengan pembeli, pengguna yang berpotensi..


Bagi mereka yang ingin menceburi Bisnes Online, mungkin tips2 berikut perlu diambikkira:

~ Peka pada perkembangan teknologi. Peka dan pandai mengambil peluang di atas setiap perkembangan teknologi. Dalam aspek ni, aku fail kot sbb en suami ckp yg aku ni golongan buta IT..huhuhu 
~Kreatif. Kreatif ni boleh diterjemahkan dalam banyak aspek. Salah satunya, kreaftif dr segi promosi produk seperti yang dilakukan oleh Superibu. Sekiranya Superibu tidak menganjurkan contest ni, aku takkan tahu kewujudan blog vitaminibu.com serta blog penaja2 lain. Jadi, congrates pada superibu dan penaja2 di atas kreativiti mereka ini!!!
~Komitmen. Berbeza dgn bisnes biasa, kita akan ada pembantu yg membantu kita menguruskan bisnes ini. Namun, selalunya bisnes online adalah lebih kepada urusan persendirian kerana kitalah bos merangkap kuli . Jadi, komitmen tinggi kita adalah diperlukan.

Bisnes online juga makin dipandang oleh orang ramai..cthnya, kalau dulu aku tak percaya sangat bisnes online ni sbb takut diperdaya, namun lepas dengar pendapat beberapa pengguna lain, aku dah berani buat pembelian dari internet seperti Groupon, Street Deal, etc. 

Bagi aku, pemilik bisnes online ni juga kena pastikan apa yg dimuatturun dalam medium bisnes diorang boleh mendapat kepercayaan pengguna seperti masukkan maklumat utk dihubungi, testimonial, nombor pendaftaran syarikat (sekiranya ada), etc...kalau pengguna percaya, barulah mereka akan berminat untuk berurusan dengan kita, tak gitu?

PM Datuk Seri Najib Razak pun galakkan rakyat untuk manfaatkan internet untuk jana pendapatan seperti dalam keratan akhbar ni..

Mereka yang telah ada bisnes sendiri, boleh manfaatkan teknologi internet untuk promosi produk mereka disamping manfaatkan teknologi sediada untuk membuat jualan secara internet tanpa memerlukan pengguna pergi ke premis mereka.


Risiko tetap ada bagi semua bentuk perniagaan. Oleh itu, aku rasa tak salah mencuba pelbagai kaedah dalam memastikan kejayaan bisnes kita.... bagi aku, “setiap usaha yang bersungguh2 dan diiringi dengan doa, pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdir Ilahi”. Ituler falsafah yang aku pegang dr kecik lagi... sekiranya kita dah berusaha dan memohon padaNya, namun kita tidak berjaya juga, jangan kecewa..kerana Dia lebih tahu apa yg terbaik buat kita..mungkin Dia juga telah aturkan sesuatu yang lebih baik untuk kita di masa hadapan, InsyaAllah.

Mmm, tu je kot yg terlintas dalam otak fikiran aku di saat tangan menaip ni...:)

Contest iPhone 5s – Revolusi Bisnes Online ini dibawakan untuk anda oleh Wanita dan Ibu Bisnes Online Dari Rumah dan Pengedar Shaklee Terbaik Malaysia. Contest ini ditaja olehMamaSihat.Com bersama Kumpulan Pengedar Shaklee di bawah Rangkaian Pengedar Shaklee Malaysia yang menyediakan kepakaran dalam Set Kesuburan Shaklee untuk ikhtiar hamil, Set Kehamilan Shaklee untuk ibu mengandungSet Bersalin Shaklee untuk ibu berpantangSet Penyusuan Shaklee untuk ibu menyusuSet Kurus Shaklee untuk Slimming, disamping pelbagai Produk Shaklee lain untuk mengatasi pelbagai maslah kesihatan sepertiESP ShakleeVIVIX Shaklee, juga VIVIX Shaklee untuk ikhtiar berhenti merokok danVIVIX Shaklee untuk ikhtiar hindar DiabetesSet Anak Pintar Shaklee untuk membantu tingkatkan prestasi pelajar sekolah dan juga kolej. Sekiranya anda berminat, boleh Daftar Ahli Shaklee dengan Pengedar Shaklee Terbaik di sini.

Monday, October 14, 2013

Bestnyer klu dpt hadiahkan 'iPhone5 Ibrahim' utk En Suami..

Ishhh..sejak biler lak iPhone keluarkan model Ibrahim ni.. hehe, actually aku gelarkan  iPhone ni sebagai 'iPhone5 Ibrahim' disebabkan iPhone ni hadiah bagi contest sempena sambutan kelahiran ulang tahun pertama adik Ibrahim… klu nak tahu, kena ler baca entry ni sampai abis yek…:)

Actually, ni first time aku join blog contest..hehe.. sajer je, niatnya kalau ada rezeki menang, nak hadiahkan iPhone ni pada en suami. Ada 2 sbb nape aku nak kasi hadiah ni pd En Suami (klu ada tuah menang ler..), sbb pertama, bulan lepas en suami ada hadiahkan aku Samsung Galaxy SIII sebagai hadiah besday (selain hadiah wallet)…sbb keduanye, minggu lepas.. en suami ada voice out yg dia teringin nak tukar hp dia yg dah lama ke hp  iPhone. Tapi, aku  leh dengar je ler luahan hati dia..nak belikan, mmg aku tak cukup budget ler..:(

So, lepas baca entry Mr Ben Ashaari psl contest ni (hehe..actually aku ni salah seorang silent reader blog Mr Ben ni), terbuka le plak hati aku nak try join.. mana ler tahu ada rezeki yek… hehe, bak kata pepatah..tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia hanya Dia yg tahu..Aminnn…

So, aku pun explore le blog si pencetus contest ni yakni superibu.com. (Hehe..lepas ni, blog ni akan masuk list blog utk di'follow')…blog ni kepunyaan Pn Salwa, seorang ibu kepada 4 org cahayamata..kisah hidupnya pun banyak menyedarkan aku betapa kita perlu tabah dan yakin pada kuasaNya..  contest ni pun dianjurkan sempena sambutan kelahiran tahun pertama anak bongsunya, adik Ibrahim. Adik Ibrahim pernah dimasukkan ke ICU sbb masalah  jantung (utk baca lebih, boleh klik entry http://superibu.com/2013/03/perkembangan-ibrahim/).

Masa baca kisah adik Ibrahim ni, hati aku mmg tersentuh sbb aku pun pernah alami situasi lebih kurang macam ni dengan anak sulung..amar pernah masuh ICU selama 2 minggu dan Dr cakap dah takde harapan..masa tu hanya Allah tahu perasaan aku..Tapi, kuasaNya lebih dari segala-galaNya, Alhamdulillah bayi yg dikatakan takde harapan utk hidup lama tu masih sihat walafiat sehingga hari ini..jadi,sekiranya anda berminat nak join contest ni, boleh ler klik di  http://superibu.com/2013/10/contest-iphone-5s-sempena-bulan-kelahiran-pertama-ibrahim/

Pn Salwa ni juga aktif sebagai pengedar produk Shaklee yang telahpun diketahui ramai sebagai produk yang bagus untuk kesihatan. Antaranya, produk untuk ibu2 yang hamil, ibu yang berpantang dan mereka yang mengamalkan penyusuan Susu Ibu ..

Alhamdulillah, utk anak ketiga, aku dapat mengamalkan penyusuan ekslusif sehingga 1 tahun, dan meneruskan penyusuan sehingga anak berumur 2 tahun lebih… Jadi, bagi mereka yang mementingkan kesihatan diri dan bayi, bolehler dapatkan maklumat lanjut psl kelebihan produk Shaklee dgn klik pd link Pengedar Shaklee yang menjual Set Bersalin Shaklee ataupun terus ke link http://vitaminibu.com/set-bersalin-shaklee/. Bagi aku, klu produk tu bagus, why not kita kongsi infonya sama2..tul tak? Hehe..

Kaylah..utk adik Ibrahim, selamat ulangtahun kelahiran yang pertama..semoga adik sentiada dibawah lindunganNya, Aminn…utk Pn Salwa, congrats sbb berjaya organize contest ni..utk kawan2 pembaca lak, jomler join contest ni..di samping memeriahkan dunia blogger, kita leh kenali lebih ramai blogger, kenali produk baru (bagi mereka yg masih x kenal Shaklee) dan klu ada rezeki, boleh menang hadiah!!!!!. (Kalau x menang pun, kita ada pengalam an join contest blog..hehe, macam aku ni..)

Website superibu.com...
website ni lebih kepada personal blog Pn Salwa...

Website vitaminibu.com.
website ni lebih kepada blog perniagaan bagi produk Shaklee..lengkap dengan semua informasi berkenaan produk Shaklee ini..


-END_

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.