Sunday, December 29, 2013

Anak yatim miskin ni perlukan kita...

Walau penat dan sakit satu badan, aku rasa gembira sgt sbb dpt peluang bersama anak2 yg kurang bernasib baik ni smlm (29.12.13)...

Program "Back-to-scholl" anjuran bekas pelajar Pusat Matrikulasi UKM (PMKP) sessi 98/99 bertujuan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik bagi memulakan persekolahan khamis ni. Disebabkan aku dan En Faiz sama-sama ex PMKP sesi 98/99 ni, jadi kami mmg sokong le program ni.. En faiz lak jd salah seorang AJK bagi program ni..

After a few discussions and visist to beberapa rumah anak yatim dan rumah kanak-kanak miskin, akhirnya kami memilih anak-anak dari Pusat jagaan Anak Yatim Miskin Sri Kundang, Rawang. Buat masa ini, pusat jagaan ni mempunyai 19 anak-anak yang semuanya adalah lelaki. 

Program ni bermula dlm kul 10 pagi di mana kami mulakan dgn breakfast bersama-sama anak-anak ni. Then, kaum lelaki akan bawa anak-anak ni pergi shopping pakaian sekolah sebanyak 2 persalinan setiap seorang. Dalam masa tu, kaum ibu2 bergotong-royong membersihkan pusat jagaan ni..lepas selesai shopping, kitorang akan lunch bersama2. lepas solat zohor, ada program aktiviti dalam kumpulan yg bertujuan untuk develop semangat anak2 ni..dan lepas minum petang, ada program futsal antara kami dan anak-anak ni..

Selain bantuan pakaian sekolah, duit collection yang kami dapat utk program ni turut digunakan untuk membiayai jamuan pada hari program, barangan toiletries, barangan permainan, peralatan rumah, alat tulis, beg sekolah, kipas angin dan duit baki turut disumbang kepada pusat jagaan ni. Alhamdulillah sbb collection yang dibuat amat memberangsangkan dan melebihi dari apa yg kami jangkakan..selain tu jugak, ada rakan-rakan yang sponsor penapis air, khemah utk program ini, dan macam-macam lagi..semoga niat murni anda semua dibalas olehNya, InsyaAllah...

Aku tak snap banyak gambar masa program ni, lagipun bateri phone pun dah kong..hehe..anyway, thanks banyak2 pada gambar2 yang aku amik dr oskortos dan kekawan yang lain..jom kita layan gambar..

Ini ler gambar depan pusat jagaan ni. Diorang masih menyewa sbb belum ada building sendiri..mereka perlukan RM1.4 juta untuk bina bangunan pusat jagaan sendiri..jom kita bantu mereka.. (berselerak sket sbb baru habis program, khemah pun belum buka..)

Sebelum tart program..anak-anak baru nak amik tempat..masa ni ex PMKP 98/99 dlm 20 orang je sbb masih ramai yang tak sampai..

En oskortos tgh drive bawa anak-anak ni gi shopping..depan skali tu anak aku tu..yg tgh tu anak oskortos..hehe..sibuk je diorang nak ikut gak...

Wajah segelintir anak-anak yatim miskin yang penat tapi happy dapat pakaian sekolah..
Tgh kusyuk jayakan program aktiviti dalam kumpulan..sesi petang..TQ to Pn Seri (berbaju pink) yang menjayakan program ini!!!

habis je program, anak-anak ni terus buka mainan yang kitorang bagi... set carrom, congkak, sahibba, chess, dam, etc...terharu tgk wajah excited diorang!!!!

Segelintir anak-anak yang lain tgh berfutsal dgn PMKP 98/99. Kemenangan lebih berpihak pada anak-anak ini dengan 10-8. hehe...maklumler, semua PMKP 98/99 dah tak fit..perut pun dah besar..hahahah

Pusat ni juga masih belum diberi bantuan formal dr kerajaan, oleh itu bantuan dari organisasi atau orang persendirian amat mereka harapkan...sekiranya korang terpanggil untuk membantu, leh le hubungi pakcik Azmi seperti maklumat di bawah...tak salah kalau kita kongsi sedikit dari rezeki dengan anak-anak yang tak bernasib baik ini.. lagipun kita tak tahu apa yg terjadi di masa depan kelak kan, mungkin anak-anak kita atau anak kepada mereka yang kita kenal terima nasib seperti mereka..hidup ni kan macam roda, anything can happen..jadi bantulah mereka yang memerlukan..sekiranya sudi, sebar-sebarkanlah psl pusat jagaan ni pada rakan-rakan anda..

Contact le pakcik Azmi ni..

Sebahagian dari PMKP 98/99 yang hadit program ni bersama sebahagian anak-anak pusat jagaan ni..

Semoga usaha kecil kami ini untuk memastikan anak-anak yang kurang bernasib baik ini tersenyum gembira dan bersemangat untuk memulakan persekolahan diberkatiNya..Amin..

No comments:

There was an error in this gadget

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.