Friday, December 20, 2013

Beli seafood fresh-fresh di Jeti Kuala Sungai Kota dan Jeti Kuala Bagan Tiang



Umur aku dah pun melebihi angka 30an. Tapi, aku tak pernah pun jejak kaki kat dua-dua tempat Jeti Kuala Sungai Kota dan Jeti Kuala Bagan Tiang ni walaupun lokasi kedua2 tempat ni dekat je dgn rumah org tua aku…maybe sbb dari umur 13 tahun, aku dah duduk di asrama dan jauh dari kampung halaman…hehe, jauh sangat ler..kat KL jer pun…

Meh aku nak story psl kampong halaman aku sket…kampung Sungai Kota, Bagan Tiang ni adalah border antara Pulau Pinang dan Perak. Korang leh tgk kat map di bawah ni..


Kiranya dulu aku merentasi dua negeri untuk ke sekolah sbb aku sekolah di sek keb Sungai Bakau yang terletak dalam kawasan Seberang Perai Sealatan, Pulau Pinang. Jarak rumah aku dgn sekolah tu dalam 1 km lebih jer…

Dah intro psl kampong halaman aku, ni aku nak citer lak psl tajuk entry ni.. Alkisahnya terjadi masa aku balik kampung weekend lepas. Memandangkan meera dan amar ikut tokma diorang balik Kelantan and en faiz lak ada mesyuarat penting kat ofis sabtu lepas, so aku balik kampong naik bas dengan yana dan bibik pada Khamis malam. Aku naik bas transnasional dr puduraya kul 11mlm, sampai di parit Buntar kul 3 pagi. Sbb ngantuk, aku terus tido bila naik bas. Sedar2 dah sampai parit buntar.. sbb taknak susahkan adik aku, aku amik cab je balik ke rumah..risau gak naik cab tgh2 mlm tu..tapi, tawakal je, InsyaAllah selamat. 

Memandangkan aku balik naik bas, so aku xde transport le nak gerak kat kampong. Jadi, aku minta kat adik aku utk pinjam keta dia.. adik aku no hal je, dgn syarat aku hantar dan amik dia  gi keje..lagipun ofis dia dekat jer…Tghr tu, aku gi amik adik utk lunch break sbb break hr Jumaat kan lama.. on the way balik tu, aku ajak dia pusing2 kampung sambil nak tunjuk kampong aku kat bibik. Kitorang pilih jalan tepi laut..Masa lalu kat satu tali air tu, aku nampak ada bot nelayan baru sampai..so, aku redah masuk lorong yang boleh ke tempat bot tu stop..rupanya kat situ jeti Kuala Sg Kota…  kecik je jeti dia… 

-
Yg kiri tu adik aku no. 9..budak lelaki tu lak anak adik no.5, nama budak tu Iskandar. Budak comel kat blkg tu anak I ler...dan tudung purple tu bibik aku.... aku? aku jd photographer ler... 
actually, gambar ni diambil atas jeti tu. haa..nampak kat blkg tu, bot nelayan yg baru sampai tu...

Haa..ni ler brader2 nelayan tu..diorang tgh sibuk bersihkan bot diorang.. si Yana dan si Iskandar ni lak kusyuk tgk diorang buat keje

Aku try tanya kat abg nelayan tu samada dia nak jual  hasil yg dia dpt..dia ckp tak byk hasil …aku tgk mmg sket je ikan yg dia dapat, maybe cukup2 utk family dua abng tu jer.. then, udang ada dalam satu baldi kecik. dan maybe rezeki aku kot sbb brother tu nak jual udg segar2 tu dengan harga RM40 seplastik..murah beb!! Klu beli kat kedai or pasar, maybe dah cecah RM100 lebih tau..harga tu aku tak kisah sangat sbb sian gak tgk hasil yg abg nelayan tu dapat sedikit je walaupun diorang turun laut lepas subuh sampai ler matahari tegak atas kepala…  tapi, yg best tu sbb FRESSHHHH beb!!!!      

Tu jer hasil yg abg nelayan tu dpt utk haritu...udang tu, aku dah borong separuh..hehe

      
Lepas borong udang, aku terus bawa keta menyusuri  jln kecik tu..tiba2 kami tembus kat satu kawasan yg tulis Jeti Kuala Bagan Tiang..ni gamba dia..


Lepas park keta, aku nampak ada mesin proses kerang….apalagi, jadi sesi lawatan le plak …macam2 soalan aku tanya kat brader yang ada kat situ..rasa cam jakun gak sbb ni first time aku tgk mesin ni.. korang penah tgk ke? Ni mesin dia..

Lepas brader yg kat bahagian kiri tu tuang kerang ke dalam mesin, mesin ni akan berpusing untuk asingkan bendasing, kerang kecil dan yang keluar kat kanan tu adalah kerang dengan saiz besar...sambil tu, air turut dialirkan utk bersihkan kerang

Brader ni macam QC ler..dia akan pastikan hanya kerang yg elok diambil

Ni kerang yang belum diproses lagi..

Yana and anak saudara aku si Iskandar tu ternganga je tgk…baru ler aku tau camner diorang nak proses kerang sebelum di jual…huhuhu.. dah puas tengok, aku beli kerang tu 10 hengget. Brader tu kata dpt 4 kilo.. Sekali dia masukkan kerang dlm plastik tu punyaler banyak, dekat 7 kilo gak kot..berat giler aku nak angkat..huhuhu..takpelah, rezeki katakan....Alhamdulillah..

Pastu, aku tanya ada tak sotong..diorang ckp kena tgk kat jeti yang ke dalam sket..so, aku pun terus jalan masuk ke dalam kawasan jeti tu..lastly, aku jumpa satu jeti yg ada nelayan baru sampai. tapi, ada ikan n udang je..diorang kata sotong xde sbb bukan musim sotong…lastly, aku borong ikan sebelah je..murah wooo...pakcik tu bagi aku RM6 utk 8 ekor yg besar2 gak..rezeki lagi, Alhamdulillah...

Panas giler time tu, ye lah jam pukul 1 tengahhari kan. Dahler matahari tengah tegak atas kepala, pastu tepi air lak, mmg panas ler..dok kejap, aku dah merungut panas..bayangkan nelayan tu keluar lepas subuh tatkala kita masih syok di bawah selimut, diorang terpaksa berjemur bawah panas matahari kat laut semata2 nak cari rezeki,…tapi, kita yang sedap2 dok kat ofis beraircond, still merungut mcm2…bayangkan kalau Allah tukarkan takdir kita jd nelayan dan nelayan jadi kita…masihkah kita merungut???? 

mmm… lawatan lebih kurang satu jam di Jeti tu membuat aku bersyukur dengan apa yang aku ada.. sama-sama lah kita bersyukur dan berterima kasih padaNya atas seribu jenis nikmat yang Dia berikan pada kita.. bayangkan sekiranya Dia menarik semua nikmat tu dari kita…..

Cuma, on the way balik ke rumah, aku lalu satu masjid..ramai gile orang..baru aku sedar yang hari tu hari Jumaat, so..semua org gi solat Jumaat..terlintas kat kepala aku, abg2 dan pakcik2 nelayan tu sempat tak gi solat Jumaat? Sian mereka..disbbkan nak cari rezeki utk hari tu, maybe diorang terlepas solat Jumaat.. pelik lak bila fikir ramai je lelaki kat supermarket jalan2 time solat jumaat..kalau nelayan tu, aku boleh le faham sbb diorang tak sempat dek rushing baru balik dr laut..tapi, yg dok lepak kat shopping complex time solat jumaat tu apasal lak yek? Takkan diorang pun cuti datang bulan macam perempuan.. hmmmm….korang ada komen?

2 comments:

Seri Selaseh said...

pernah tengok mesin proses kerang tu dolm tv je. Ni first time tengok dlm gambar.

aziey said...

Seri Selaseh, saya pun rasa cam jakun je..hehe

There was an error in this gadget

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.