Tuesday, October 23, 2012

Terima kasih abang..

So, seperti yang dijanjikan dalam post sebelum ni…ni ler gambar handbag yang dihadiahkan oleh suami tersayang sempena harijadi ke 32…


Terima kasih abang atas ingatan dan kasih sayang ini ..semoga masjid yang kita bina diberkatiNya dan dirahmatiNya


Disebabkan dah celebrate di Jogoya, jadi takde lagi celebration di rumah... walauapapun, realitinya aku dah tua setahun dari sebelum ini….tapi, itule reality hidup yang mana kita akan makin tua dan kubur makin dekat…

Cuma, tak bestnye sebab besday aku x sama ngan yang lain.. actually besday hubby dan anak-anak semuanya dalam tempoh sebulan iaitu bermula dari 18.3 (Yana), diikuti amar (23.3), then meera (10.4) dan lastly my hubby (17.4). Betulkan dalam tempoh 30 hari?  Hehe..terror tak aku n Faiz merancang? Hikhikhik..sebenarnya accident gak tu… Tapi, yang senangnya, aku boleh buat majlis  celebrate besday secara serentak… Dan ini le kek besday utk celebration tahun 2012 yang lalu…

 
Gambar mak mertua dan anak saudara, Cupie terselit dalam gambar kek tu disebabkan besday diorang pun hampir sama tarikh ngan besday anak-anak aku...

Friday, October 5, 2012

Dinner in JOGOYA, Japanese Buffet Restaurant


Aku tak pernah pun termimpi yang suatu hari nanti aku akan jejak kaki di tempat Jogoya ni.. Bukannya apa, tempat ni maybe kurang sesuai utk aku kot.. hehe, maklumler, bak kata hubby aku, aku ni kampong sikit… tapi, once aku dah sampai tempat ni, kena le sesuaikan diri kan..  Alkisah kenapa aku sampai di Jogoya ni, begini citernya…

Tetiba je satu hari tu, my hubby call dan tanya leh tak kalau aku teman dia dinner di KL..katanya dia ada dinner dgn family Vernon (bos my hubby), and kawan sebusiness diorang. So, memandangkan pada hari kejadian dinner tu, family Faiz ada di rumah, so..aku on je.. Maksudnya anak-anak tak boring ler, diorang boleh main dgn nenek, che long dan Chupie yang dah lama diorang x jumpa (almost 2 months).. lepas rindu le kononnya…
So, after keje, aku terus gi KL.. Sampai kat Starhill Gallery, aku pun merayau sorang-sorang sebab my hubby tak sampai lagi, still stuck in trafficjam… after ofis hour kan, of course le KL jam… sambil merayau, aku cuci mata dengan interior design starhill gallery yang memang cantik…ditambahkan dengan hiasan pokok rumput yang ala-ala pokok padi tu, memang mendamaikan…kelas gitu!!!

Pokok hiasan yang ditanam di sekeliling balkoni mendamaikan lagi suasana

Tengah kusyuk menikmati paronama pemandangan dari balkoni, tetiba seseorang memeluk aku dari belakang. Rupanya my hubby dah sampai. So, kitorang pun ambil lif utk ke floor Relish iaitu level 3... Dan akhirnya, kitorang sampai di depan JOGOYA, Japanese Buffet Restaurant


Pemandangan dari luar 

Decoration yang menyambut tetamu apabila memasuki Jogoya

Dlm kul 7 lebih, semua jemputan (total dlm 20 pax) sampai.. Kitorang diberi dua table besar..

First table utk adults...

 2nd table utk younger generation

so, lepas dapat table, aku n hubby mula memilih menu pembuka selera… mula-mula pening sket sebab makanan tu disusun di lorong-lorong berbeza, banyak pulak lorong tu… atas advise my hubby yang dah pernah makan kat tempat tu, aku ambil dishes Japanese Qusinine dulu. Kata Faiz, makanan Japanese ni cepat muak..so, kalau makan masa perut penuh, takut muntah lak. Disebabkan aku kurang suka sushi, aku belasah salmon je le…hehe…  (teringat yang aku beli salmon kat Jusco almost RM30 just for 2 slice yang nipis je..kalau nak kira jumlah aku makan salmon mlm tu maybe cecah RM50 kot..hahaha). Oyster, crab, udang pun okay gak…memang loya sket sebab tak fully cook, tapi..bila dimakan dengan kicap dan thousand island, sedap beb!!!
Then aku melantak lak makanan –makanan lain..walaupun, pilihan yang ada agak  banyak..tapi, bagi aku yang tekak melayu ni tetap merasakan yang makanan melayu lebih sedap.. apa-apa pun disebabkan makan free, aku tetap enjoy food kat situ..hehehe
Vernon iaitu bos my husband ni jenis yang suka sangat mengambil dan mengorder makanan.. so, kat meja aku tu penuh dgn makanan yang diordernya..(actually, kat Jagoya ni, kita boleh special request / order utk dia masak. Diorang tak masak siap-siap sbb nak makesure makanan tu fresh dan panas-panas. Kita guna clip yang tertulis nombor meja utk diletakkan pada menu yang diorder..lepas siap masak, makanan yang panas-panas dari dapur tu akan dihantar ke meja kita, best kan?) Masalahnya, Vernon ni tak makan banyak..so, dia akan paksa orang lain makan utk menghabiskan makanan yang diordernya.. sampai nak muntah aku makan malam tu…
mmm... aksi spontan..

Posing dari Faiz (aku pun tak faham nape Faiz nak buat posing gitu..)


Pitcure with Ah Ling and Brian, anak bongsu Vernon



Cantik gak interior design kat sini..lokasi ni betul2 tepi meja aku..

Mmm, sibuk sangat melantak sampai aku lupa nak ambik gambar semua dishes yang aku lantak…so, hanya a few pictures je yang sempat aku snap…

Ada provide gas utk masak tomyam or sup...boleh ambil je any seafood/sayur/lauk pauk utk dimakan ala-ala steamboat.. 

Durian cheese cake..sedap giler!!!!

 Durian cheese cake yang dah separuh dilantak oleh aku..hehe
Ada dua jenis aiskrim disediakan di sini iaitu New Zealand aiskrim dan Häagen-Dazs®
... tapi, org kata Haagen dazs x halal yek?

 Aneka buah-buahan

Aneka minuman yang aku teguk.. buah kelapa tu tiga biji tau aku bedal...hehe..
Dlm kul 9 lebih, semua orang dah tersandar sebab mengah kekenyangan…tiba-tiba, diorang keluarkan kek… aduh!!!, rupanya diorang celebrate besday aku n Ahling (wife Vernon) yang jatuh pada tarikh yang sama iaitu esok hainya (29.9.2012)… Kata Vernon, wife bos besar dan bos kecil celebrate besday sama-sama ma… so, ini le picture kitorang memotong kek…hehehe… nampaknya, aku n ahling dah makin tua setahun…
Kek besday utk aku dan Ah Ling

Ni gambar yang diorang paksa faiz pass strawberry kek dari mulut dia ke mulut aku…disebabkan majority guest mlm tu adalah Chinese (3/4 agaknya…maklumler Vernon kan kawin dengan Chinese, so..family dia pun majority Chinese ler..), so…aku terpaksa le berlagak sporting ikut request diroang..adat melayu kan penuh sopan santun, tak elok aksi romantik gitu-gitu..nak romantik pun, biarlah di rumah or bilik tidur, ye tak?. tapi, diorang tak sempat snap gambar semasa kejadian tu.. hehehe..

Lepas selesai melantak kek besday tu, baru le kitorang berangkat pulang.. Faiz dah lembik, katanya penat sangat.. Actually, dia malas nak join dinner ni.. tapi, disebabkan Vernon paksa atas dasar Faiz pun bos kecik dlm syarikat dan nak celebrate besday wife2 bos, so..dia pun join ler…

Sempat snap jekat luar Jogoya before blah dari situ..hehe..gambar kabur sket sebab photographer tak bertauliah..

On the way balik, aku call rumah..amar yang angkat n tanya nape mama tak balik rumah lagi….hehe, sian anak-anak mama… sebagai denda, amar request funfries McD. So, kitorang singah drive thru  before tol Sg besi..fuhh, malam minggu kan…ramai giler queue nak beli McD… dekat 30 minit gak kitorang queue just nak beli fun fries and mcflurry…aduhhh...disebabkan anak punya hal, kitorang bersabar gak… Sampai rumah dah dekat kul 12 mlm..meera n Yana pun dah tidur.. Amar je setia menunggu kepulangan mama dan abah…terima kasih sayang..
Sebab terlalu keletihan, aku terus menyiapkan diri dan bawa anak-anak naik bilik utk tidur.. Before aku tertidur, Faiz sempat wish..happy besday sayang....pastu, dia turun bawah tengok bola..katanya Liverpool main…mmm, lelaki ni, kalau bab bola gitulah… aku lak, terus melayang ke Jepun, bermimpikan sushi-sushi, salmon, lobster, Japanese cuisine, dim sum dan segala mak nenek di Jogoya.
Untuk besday tahun ni, aku dapat hadiah hand bag dari Faiz..nnt aku update gambar handbag tu di lain entry yek…

Monday, October 1, 2012

Jamuan Hari Raya SAINS


Sebenarnya majlis Jamuan Hari Raya SAINS ni dah selamat berlangsung pada 14 September 2012 yang lalu, bertempat di Loji Rawatan Air Ngoi-Ngoi,Seremban. Untuk memeriahkan lagi majlis, kitorang geng-geng Internal Audit ni pun menyibukkan diri ke program ini…

Macam-macam menu disediakan, tapi..kurang berjaya menarik nafsu makan aku…  so, aku hanya melantak sedikit kambing (tu pun kambingnya kurang masak, maybe sebab tak sempat masak lama disebabkan permintaan yang terlalu tinggi), macaroni, kuew teow n sedikit kuih muih…hehe..banyak gak tu kan… 

First time aku perkenalkan geng-geng internal audit..Sebelah aku tu, Siti (Senior Exec Internal Audit) diikuti Kak Yana (Admin Clerk for Internal Audit) dan kiri sekali tu Kak Zila dari bahagian ICT. Siti tgh sarat pregnant 8 bulan…Kak Yana lak baru deliver baby last 3 months..Aku??? InsyaAllah, another two years (harap-harap x accident lg ler sebelum tempoh 2 years ni)

Antara menu yang aku jamah…satay, macaroni dan kuew teow tu okayler..(sebenarnya perut tgh berkeroncong…so, bila lapar sangat..semua makanan rasa sedap ler)… roti jala tu aku tak jamah pun, kak yana n siti yang habiskan…

Berposing sambil menjamu selera…yang mengapit aku tu Fiza dari Daerah Seremban dan Nina (bertudung biru), secretary Pengurus Besar.

Hehe..saje nak post muka sendiri…

Wednesday, September 12, 2012

Salmon Steak untuk suami tersayang


Pagi semalam, tetiba je my hubby call dan inform yang dia balik rumah awal (selalunya lepas isyak baru le si Faiz ni sampai rumah) dan dia nak makan salmon steak… sepanjang 7 tahun bergelar isteri,  ni le first time faiz minta aku buat salmon steak…confius gak aku..

Jadi, waktu lunch break, aku pun lari ke Jusco depan ofis untuk cari ikan salmon.. mak oit, mahalnyer!!! Aku baru amik 2 slice nipis, harga dah nak cecah dua puluh ringgit.... mmm, patut ler harga salmon steak mahalkan…

Sampai je rumah petang tu, aku terus masuk dapur… Aku minta Bibik bawa Yana keluar sebab Yana asyik merengek minta aku susukan dia..  Lebih kurang 45 minit kat dapur, hidangan salmon steak dah siap atas meja untuk dijamah… Alhamdulillah my hubby suka dan makan licin…(lupa nak ambil gambar pinggan kosong..hehe)

Salmon steak dihidang bersama teh O lemon suam (dalam mangkuk hijau tu, sos tambahan kot-kot faiz nak sos lebih)

Bahan-bahan untuk hidangan atas pinggan
  •  Kepingan ikan salmon
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam 
  • Brokoli
  • Tomato 
  • Lobak merah
  • Daun salad
Cara-cara
  • Ratakan ikan dengan sedikit garam dan lada hitam. Biarkan selama satu jam untuk pastikan ikan sebati dengan gram dan lada hitam. (tapi aku tak tunggu sejam pun sbb nak cepat..hehe)
  • Grill ikan dengan minyak zaitun sehingga masak.
  • Grill tomato (grill sekejap je sebab tomato jadi lembik kalau grill lama).
  • Celurkan brokoli dan lobak merah.
  • Kesemua item yang telah dimasak dihidang di atas pinggan bersama daaun salad segar.

Bahan-bahan untuk sos:
  •  2 sudu besar mentega
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang halus)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 cawan susu segar
  • 1/2 sudu kecil mixed herb kering
  • Secubit lada hitam
  • Secubit garam
Cara-cara:  
  • Panaskan mentega, masukkan bawang besar dan goreng sehingga layu.
  •  Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga tepung gandum melekat pada bawang.
  • Masukkan susu segar, mixed herb, lada hitam dan garam.
  • Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih. Matikan api dan tuang sos diatas hidangan ikan yang telah disediakan. Boleh perahkan sedikit lemon atas ikan untuk lebih rasa..

Selamat mencuba .....

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.