Sunday, November 30, 2014

Tahniah buat anakanda Amar Farouq

Alhamdulillah, tamat sudah sesi persekolahan tahun 2014. Bukan anak2 je lega, mama pun rasa lega sesangat sbb tak perlu lagi bersilat pagi2 siapkan anak2 utk ke sekolah.

Utk anakanda amar farouq, tahniah dari mama dan abah. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong utk abang berusaha lebih dan juga pendorong buat adik2 abang...

MAHA 2014

Alhamdulillah dpt jugak jejak kaki di MAHA 2014. Tak byk pun shopping, setakat cuci mata dgn produk2 baru. :)
InsyaAllah, klu umur panjang..kiya jumpa di MAHA 2016.
Jom layan gambar yg sempat di 'snap'....

Thursday, October 30, 2014

3 jam di penang

Unplanned program. Ituler yg terjd last weekend bila tetiba kitorang kena gi utara sbb husband nak gi tgk rumah kakak dia yg rosak di sungai petani dek terkena angin ribut yg terjadi sebelum ni. Rumah tu kakak ipar saya sewakan sebelum ni. Lepas htr sms pd bos inform aku el pagi jumaat tu, kitorang terus gerak ke utara. Bukan main happy anak2 bila dpt jumpa tokma, tokbah, chelong n cupie yg turut datang dari kelantan. 

Lepas setel semua urusan di sungai petani sabtu tu, kitorang gerak ke rumah mak aku di parit buntar. Sampai area butterworth, tetiba aku infom husband yg aku teringin nak tgk jambatan kedua pulau pinang. Terus kami exit butterworth n pegi ke terminal feri butterworth. Saje nak bagi experience naik feri pd anak2. (Sebenarnya mama yg teringin nak baik.. hihi .last aku naik feri dulu tahun 1995 kot..).

Lama gak tunggu utk dpt naik feri tu..:( setengah jam jugak ler.. dlm pukul 3.30 ptg  baruler kitorang dapat naik feri.

Seronok sungguh amar, meera n nana dpt naik feri. Sampai ke pulau, kitorang terus gerak ke batu maung utk naik jambatan kedua. Masa lalu tepi pantai area bayan lepas, nampak byk gerai2 tepi pantai. Kitorang pun singgah utk pekena laksa penang, bihun sup n mee kari. Best giler makan sambil bertemankan angin laut yg sepoi2, pemandangan pulau jerejak n bunyi kapal terbang yg kuat atas kepala (maklumler airport dkt tu je). Tambah pulak dpt minum air kelapa segar n ABC...perghhhh!!! Mmg terbaikkkk..

Lepas dah kenyang melantak, kami terus ke jambatan kedua pulau pinang. Mmg panjang jambatan tu sampai anak2 tanya nape x sampai2 lg rumah nenek ni...hihi..

Dlm pukul 7.30 mlm, kitorang sampai rumah mak di sungai kota, parit buntar.  Alhamdulillah. ...walau sekejap je di pulau pinang, tapi aku puas hati dpt jejak kaki di tempat aku belajar dulu..terubat rindu lama..huhu

Di tgh laut..

Hepi susungguh nana n meera

Bapa dan anak2... 

Jambatan kedua pulau pinang....jauh mata memandang...

Sunday, September 14, 2014

Akhirnya, adik saya dah jumpa jodohnya.

Alhamdulillah....akhirnya sampai juga jodoh si fadzly ni.

Walaupun kami xde sebarang pertalian darah, tapi ntah kenapa ada bonding sbg kakak n adik antara aku n si fadzly ni.  Sebenarnya fadzly ni adalah bekas staf aku di syabas. Dia juga yg byk membantu aku dlm bab2 teknikal sistem bekalan air ni.

Untuk fadzly dan fiya, akak doakan semoga ikatan perkahwinan korang sentiasa dilindungiNya dan diberkatiNya. Banyakkan bersabar dan bertoleransi dlm meniti cabaran hidup ini...

Monday, August 4, 2014

Aidilfitri 2014

Alhamdulillah....
Dapat jugak sekali lagi aku berpuasa di bulan Ramadhan dan menyambut syawal. Takziah pada mereka yang kehilangan orang tersayang pada tragedi MH370 dan MH17. Pasti syawal kali ini memeritkan buat mereka ini...
Takziah juga buat rakan2 kita di bumi gaza...bersabarlah, semoga jihad anda semua diterimaNya..InsyaAllah. 

Utk semua, selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Semoga kita dipanjangkan umur utk bertemu Ramadhan dan syawal tahun hadapan.

Wednesday, July 16, 2014

Sayonara my lovely viva

16.7.2014 - jodoh antara kami dah berakhir setelah 7 tahun si wrm menemani aku.

Aku tempek gambar wrm kat sini untuk tatapan aku bila teringat kat dia..

Semoga wrm mendapat tuan baru yg lebih baik...huhuhu.

Thursday, July 3, 2014

Bangun sahur

Alhamdulillah, setakat 5 hari berpuasa ni tak miss lagi sahur..aku just panaskan makanan yg dah siap masak atau beli...hehe,  malas aku.nak bersilat kat dapur awal2 pagi gitu . Kalau masak pun, just yang simple2 seperti telur dadar untuk banyakkan hidangan atas meja je.

Cuma dugaan yang berat tu time nak kejutkan anak2 bersahur..huhuhu...mujur anak perempuan aku, si ameera ni senang nak dikejutkan..ikut perangai mama tu..hikhik. yang susahnyer nak kejutkan anak lelaki ni. kejut elok2, tak jalan..basahkan muka pun tak jalan. Dukung bawak turun bawah pun tak sedar lagi. Letak kat kerusi meja makan pun tak buka mata lagi. Last sekali, mama menjerit... baru ler mata dia luas terbuka... huhuhu...agak2 nya jiran2 sebelah pun boleh terjaga dek dgr aku jerit..huhu.. apapun mmg dugaan nak latih anak2 ni berpuasa..

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.