Selasa n Rabu last week, En Faiz outstation ke Kuantan dengan his bigbos, Mr Vernon. Diorang
balik ke KL hari rabu tu agak lewat sket…aku tak sedar pun bila En Faiz sampai rumah
sebab tengah lena diulit mimpi..sedar2 dlm kul 2 pagi, encik suami dah tido di sebelah.. bangun pagi Khamis tu, aku tgk atas meja makan ada bekas polisterin putih
saiz besar..bila aku buka, ada separuh bekas ketul ais. Mesti ada benda yg laki aku
bawa balik ni di sebalik ketulan ais tu..selalunya ikan sungai yang dipancing oleh bos laki aku tu…
Bila aku tanya
psl kandungan dlm bekas polisterin tu, en suami cakap ada udang galah..aikk,
dapat dari mana lak udang galah ni? Actually, dah lama aku tak makan udang galah. Bukan apa,
mahal sangat le, rasa macam tak berbaloi bayar mahal-mahal just utk makan udang galah
ni kat kedai. Lebih baik kos utk makan udang galah tu aku belanjakan utk beli
baju or kasut aku...hahaha..
Rupanya Mr Vernon pegi pancing udang lak kali ni…Alhamdulillah, rezeki le katakan... so, ni ler sebahagian udang2 galah yang dipancing dan disumbang oleh Mr Vernon…
Rupanya Mr Vernon pegi pancing udang lak kali ni…Alhamdulillah, rezeki le katakan... so, ni ler sebahagian udang2 galah yang dipancing dan disumbang oleh Mr Vernon…
Walaupun xde le banyak sgt, tapi..lebih dari sekilo beratnya...
Disebabkan aku rushing
nak gi keje, semua udang2 ni disumbat ke dalam peti ais. Kat pejabat, aku
terfikir nak masak udang galah lemak cili padi. Boleh le dijadikan santapan
makan malam, merangkap juadah berbuka puasa disebabkan aku puasa hari tu…tetiba
masa lunch time, aku dapat call dari En suami request supaya udang ni dimasak
tomyam or sup…
Jadi, sampai
rumah dalam kul 6.30pm, aku terus masuk dapur dan mulakan masak. Aku hanya ada
masa kurang 1 jam utk sediakan makan malam sebelum azan berbunyi..so, aku buat
simple je ler..
Dan ini ler
hasilnya....
Udang galah masak
tomyam (antara sayur n bahan lain yang dicampak ke dalam tomyam ni i.e
cendawan, kobis, lobak merah, pucuk jagung, cauliflower, brokoli, tomato,
bawang holland, serai, cili padi, daun limau purut)
Sebagai tambahan hidangan,
daging salai n udang galah goreng (ni udang yang bersaiz kecil). Telur dadar
atas dapur lagi...
Disebabkan anak2
taknak makan udang ni, so aku terpaksa le buat telur dadar utk diorang...hehe,
sian anak2 terpaksa makan simple sedangkan mama n abah melantak udang galah...
No comments:
Post a Comment