Monday, April 14, 2014

Selamat hari lahir kakak meera!!!..

9.4.2009, tetiba je ketuban aku pecah masa aku nak ke surau pejabat utk solat asar. Kelam kabut satu ofis dibuatnya. Kelakar bila aku teringat bob yg belum kawin tu kena drive keta aku  ke hospital. Macam pelesit bob bawa keta aku. Huhuhu... Bos minta Kak aminah yg dah ala-ala mak kat ofis tu follow skali, supaya bo handle klu ada masalah yg x dijangka... satu keta syarikat follow dr blkg utk bw blk bob n kak minah nnt
...
Sepanjang jln dr bangsar ke putrajaya tu, bob asyik tanya 'ko okay ke jijah?'. Takut giler dia klu2 aku terberanak dlm keta..hikhikhik....

Dlm keta tu, aku call en faiz yg tgh outstation di kuantan. Aku inform yg aku on the way ke hospital. Kelam kabut laki aku..terus dia pecut balik ke kl..

Sampai hospital, aku yg dah basah lencun dr pinggan ke tapak kaki ni terus masuk jumpa doktor. Sblm.masuk tu, kak minah sempat peluk aku minta maaf sambil nangis......lastly, aku lak jd emo...huhu

10.4.2009, Alhamdulillah, puteri pertama kami selamat lahir ke dunia....2 jam lepas bersalin, doktor buat inspection sblm discharge aku dr labour room ke wad. Aku inform doktor yg aku rasa macam byk darah keluar..siap aku leh dgr darah menitik ke lantai dr katil bersalin tu...masa aku ckp kat nurse sblm tu, nurse kata biasa le tu...bila doktor check, confirm selaput uri tertinggal. .aduhhhhh!!!!! Terus dia seluk balik rahim aku cuba keluarkan uri tu. Hanya Tuhan tahu betapa sakitnya masa ni...sakit bersalin pun x sesakit ni...aku rasa masa tu nyawa aku dah separuh hilang kot...boleh rasa tangan doktor tu sampai ke peparu aku....dekat sebaldi darah yg dah berketul-ketul tu doktor keluarkan...2 jam operasi mengeluarkan selaput uri tu cukup membuatkan aku trauma seumur hidup aku. Huhuhuhu. ..aku sanggup hadapi sakit bersalin 5kali berbanding sakit cuci rahim hidup2 tanpa sebarang ubat tahan sakit!!!!

5 tahun dah berlalu dan Alhamdulillah, on 10.4.2014 yg lalu, anakanda Nur Ameera Farhana aka kakak or meera dah genap 5 tahun.. dah besar rupanya anak dara mama ni.
Semoga kakak meera menjadi anak yg solehah, kakak dan adik yg baik... Walaupun dugaan di saat melahirkan kakak amat hebat, namun mama bersyukur dianugerahkan anak secomel kakak. Mama sayang kakak!!!!!

1 comment:

farah fauzi said...

kakak...happy bithday...che sue sayang kakak....

There was an error in this gadget

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.