Tuesday, July 16, 2013

Percutian di Pulau Tioman: Episod 1: The story of the beginning of our journey

Huahuahua..tajuk macam gempak je…

Actually, program percutian ni dah dirancang sejak awal lagi. Mula-mula plan nak gi Pulau Langkawi, then ubah ke Pulau Redang, dan lastly atas sebab-sebab tertentu…Tioman yang terpilih. Itulah yang dikatakan ‘kita hanya merancang, Dia yg menentukannya’.

Tourism Map of Pulau Tioman ( Tioman Island ) off East Coast of Peninsular ( Western ) Malaysiahttp://www.caingram.info/Malaysia/Tioman_htm/tioman_map.htm

Mcm percutian di Port Dickson dan Cameron Highlands, percutian ni pun dijoin oleh individu yg sama, 3 family dgn total 6 dewasa and 7 kanak-kanak. Tarikh yg dipilih adalah 6-8hb Julai 2013.

Disebabkan percutian ni agak panjang, 3 hr n 3 mlm, so, aku pecahkan entry ni kepada episod-episod…hahaha..

Balik dr keje hr Jumaat tu, aku terus kemaskan barang2 and masukkan dlm keta… kul 9.30 malam kami berkumpul di Tol Bangi..lepas semua ready, kitorang pun mulakan our 325km journey to Tioman....


Sampai kat area Seremban, tiba2 Najib n Cikun sedar yg ubat anak diorang tertinggal, so diorang patah balik ke Bangi… Family aku n Family Ayu terus bergerak and berhenti di R&R Ayer Keroh… dlm 15 minit gak lepak situ sambil En Faiz berasap hilangkan ngantuk…lepas berasap dan ber'toilet', perjalanan diteruskan..bila tgk yana dah ngantuk, aku pun tidokan dia sambil BF. Tup tap, aku yg tertidur..hihihi...

Then, kitorang behenti rehat di R&R Pagoh…masa kat Pagoh, Najib and family yg berpatah balik tadi pun sampai... so, lepas driver2 siap berasap, perjalanan diteruskan sampai ke Exit Ayer Hitam... then, kitorang terus ke Kluang...sampai di Kluang dlm pukul 2 pagi kot..kitorang singgah di rumah Mak Cikun. Mak n ayah Cikun siap hidang kuih dan air panas lagi..walaupun masih dlm separa sedar dan mamai, sempat gak ler 3, 4 biji kuih aku telah..then, mak cikun siap bekalkan kuih untuk kitorang breakfast di Mersing nnt...

Dlm pukul 3 lebih, kami mula bergerak ke Mersing. Perjalanan dr Kluang ke mersing agak horror sket sbb kena lalu kawasan felda, dengan jalan yang berbengkang bengkok dan gelap gelita. Tapi aku rasa better kot jln mlm sebab takde lori balak dan lori pasir. waktu siang, jln ni penuh dgn lori balak dan lori pasir, nak memotong pun susah...

Dalam kul 5pagi kami sampai di Mersing. Lepas jumpa owner homestay kat town Mersing, kami dibawa ke homestay. Sampai je homestay, semua driver terus masuk tidur..disebabkan aku dah byk tido dlm kereta td, aku plan nak mengemas brg. Tiba2 lampu ruang tamu homestay tu terpadam..then, menyala balik..aik, ada yg off and on ke? terus meremang bulu roma aku..apalagi, aku terus masuk bilik, baring sebelah En Suami dan terus tido...hehe..so, kita sambung story kat next episode.... 

4 comments:

Unknown said...

Wow..sempat lagi update blog dlm kesibukan..menunggu next entry percutian di pulau tioman..

af-aziey said...

huahua..tapi, entry seterusnya masih tersangkut di 'draft'. tak tahuler, bila berjaya utk di 'post'...

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.


Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


af-aziey said...

Saudara Amsyahril..

Thanks for your offer..
Saya mmg berhajat nak bercuti di Indonesia, cuma masih ada peluang..
Doakan moga saya dapat jejak kaki ke Indonesia yek :)

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.