Saturday, September 7, 2013

Percutian di Pulau Tioman: Episod 6: Appreciation for Juara Mutiara Resort

Tu dia...sampai episode 6 entry psl Tioman ni...korang pun dah muak cite Tioman ni kan..huahuahua..

Actually, entry ni aku buat special untuk Juara Mutiara Resort (JMR) sebagai penghargaan di atas layanan yang baik sepanjang percutian kami di sana…

Apa yang aku suka psl JMR:

i.                     Layanan mesra dari pihak pengurusan
Layanan dr owner JMR suami isteri membuatkan aku rasa mcm dok rumah sendiri je…maybe sbb Ayu ni kwn kepada menantu dia kot…hehe, xlah..pakcik n makcik ni mmg baik…anak2 dia pun okay..x sombong la..
Aku lupa nama Pakcik owner chalet ni..tapi, pakcik ni mmg baik melayan kitorang..hehe thank pakcik!!

Ala, gambar blur..tapi, ni je gambar makcik owner cafe yg aku ada...makcik ni byk duduk di cafe je, uruskan cafe...simple je kan makcik ni, macam mak2 kita di kampung...

ii.                   Perkhidmatan 4WD yang baik
Bila aku baca review blogger yg lain psl kena naik 4WD ke Kg Juara, aku risau gak bila fikir klu 4WD yang disediakan oleh chalet tu x okay…bahaya beb sbb jalan tu curam gak..tapi, alhamdulillah sbb fizikal 4WD tu mmg okay, driver pun bw kenderaan dlm keadaan berhemah… comel gak driver tu..huahuahua…

i.                     Memenuhi semua janji dalam Pakej yang ditawarkan
Kadang-kadang ada pakej percutian ni promosi je lebih tapi, realitinyer byk yg x sama ngan pakej..tapi, alhamdulillah, pakej yg JMR offer semua betul…hehe, sempat lagi aku audit kan..maklumlah, nama pun auditor kan..hehe

ii.                   Berbaloi dengan harga pakej
Untuk percutian ni,  bagi pakej 3 hari 2 malam, aku hanya bayar RM960 untuk satu family (2 dewasa dan 2 kanak2). Disebabkan yana bwh umur 3 tahun, so FOC. Harga ni pun kami dpt selepas diskaun.
Pakej ni termasuk
a)  Return Ferry (Mersing – Tioman – Mersing)
b) Return Land Transport
c) Meals (2xBreakfast + 1xlunch + 1xDinner + 1xBBQ dinner)
d) Snorkeling trip + Marine park – 2nd day
e) 2 nights’ Accommodations: 3 Quad A/cond chalet.
So, consider murah le kan..klu kita nak item B tu pun dah RM50 per trip. Ulang alik dah RM100. Feri lak tambang RM70 bagi dewasa n RM60 bagi kanak-kanak utk perjalanan pegi balik dr Mersing ke Tioman. Snorkeling tu lak, klu kita pakej asing, boleh cecah RM50-RM100 bagi dewasa. Kanak-kanak maybe halfprice le kot…makanan dan minuman kat Tioman ni mahal sket berbanding di tanah besar, maybe sbb kos pengangkutan bahan mentah kot…so, berbaloi le klu makan minum kita dah masuk pakej..lagipun, kos penginapan pun dah termasuk dlm pakej…

iii.                  Makanan yang best
Alhamdulillah atas rezeki dan nikmat yang Allah berikan untuk tekak dan perut kami sepanjang 3 hari dan 2 malam di Tioman. Makanan yang JMR provide amat memuaskan selera kami..mmg le tak dapat nak dibandingkan dengan selera hotel 5 bintang, tapi…hidangan yang ala-ala mak kita masak di kampung tu tak menghampakan kami ler.. anak-anak pun enjoy dengan makanan ni. Aku cukup risau dengan amar sbab dia cerewet sangat psl makanan, klu x kena selera dia, mmg dia tak makan..akibatnya, mama yang peninh\g..sebab tu ler mama siap2 bw bekal maggi and roti yang akan digunakan bila kecemasan.. tapi, alhamdulillah..semua makanan yg JMR provide mmg kena selera amar..so, mama x pening le ngan karenah amar…

iv.                 View yang menarik, damai, tenang
Tenang dan damai. Itulah perkataan yang sesuai untuk describe keadaan di sekitar JMR. Biarler gambar-gambar mengambarkan dua perkataan ini…







Gambar2 view byk yg diambil oleh En Najib..Thanks Najib sbb kongsi gambar ni..

Bak kata pujangga, setiap yang wujud pasti ada kelemahan. Begitu juga JMR. Hakikatnya, setiap benda tiada kesempurnaan. Namun kami terima seadanya..walauapapun, kami doakan semoga JMR sentiasa berjaya dalam urusannya..dan personally, bagi mereka yang inginkan percutian yang tenang dan damai tanpa mementingkan prestij, aku amat mencadangkan JMR sebagai lokasi pilihan…hehe, promosi x langsung ni….

Lastly, thanks JMR!!!!!ada rezeki InsyaAllah kitorang datang lagi…

Dan aku rasa entry ni dah jd penamat story psl Tioman....hopefully, 6 episod psl Tioman ni dpt memberi gambaran pada sesapa yg nak mengenali Tioman and Kampung Juara khasnya....

END-


Percutian di Pulau Tioman: Episod 5: Haiwan2 di Pulau Tioman

Huahuahua..tak habis2 lagi psl Tioman...

Actually entry ni just nak share psl sesuatu yg tak penting pun...hehehe

Kalau korang datang Pulau Tioman, korang kena ready untuk berjumpa dengan beberapa makhluk Allah yang lain di sini selain manuasia. Makhluk bergelar haiwan ye…makhluk lain dr manuasia n haiwan tu aku xnak sentuh ler..huahua

Haa..ni le haiwan yang aku rasa paling banyak kat sini…



Masa aku sampai kat Kg Juara tu, aku dengar bunyi mcm burung tapi pelik sket…bunyi tu dr atas pokok kelapa..mula-mula ingatkan gagak..bila tgk betul2, rupanya kelawar…besar2 and banyak lak tu...boleh dikatakan kat semua pokok ada kelawar bergayut....
mula-mula tu risau gak klu kelawar ni ganggu org..silap2 boleh jadi pontianak lak…tapi, alhamdulillah sepanjang 3 hr and 2 mlm tu, xdelah kelawar tu menganggu kami..Cuma, bising je bila dia nampak kami… maybe dia nak tegur kot n wish welcome…huahuahua…

Haiwan kedua ni mmg banyak di Kampung Juara..terutamanya di Kafe JMR. Bersepah-sepah…sampaikan anak-anak aku tak nak duduk diam kat kerusi msm makan..kerja diorang mengejar kucing-kucing… aduhh, kucing-kucing kampung ni lak jinak-jinak gak.. tapi, bila syik dikejar dan dibelasah dek budak2 ni., diorang pun fobia..nampak je anak-anak aku dtg, habis diorang menyorok…
Actually, ni bukan gambar kucing di Tioman. Gambar ni dr Mr Google...

hehe...aku x ambil pun gambar kucing sepanjang di Tioman..tak terfikir pun nak ambil...tapi, lebih kurang mcm ni ler rupa kucing kat situ..
Aku siap tanya kat En Faiz camner ler kucing byk2 ni boleh sampai di Pulau Tioman..takkan diorang berenang merentasi laut cina selatan kot..hehe...bengong kan..mesti ler ada org bawa diorang kan..huahua...

Binantang lain yg aku byk kali nampak adalah biawak…besar2 lak tu..Nana panggil buaya..hihi

Dlm 10 ekor biawak gak yg aku nampak/bertembung sepanjang 3 hr kat Tioman..consider banyak le tu..

Binatang2 lain yg aku jumpa....
- penyu (mcm yg aku story kat episode 3)
Joe, si penyu buta...balik rumah, meera n amar asyik tanya psl Joe. Nape Joe buta? Berapa umur Joe? Mana mama Joe? ...aduhhh..mana ler mama tahu...pening mama nak fikir jawapan...

- tupai

Ni antara gambar tupai yg dpt disnap oleh En Najib...

dan mcm kat kampung-kampung lain, kita boleh nampak binatang2 ternakan yang lain mcm ayam, burung and etc. di Kampung Juara ni.... 

Hehe..dah, tu jer...nak tengok haiwan lain, pegi zoo negara yek..:)

Thursday, September 5, 2013

Percutian di Pulau Tioman: Episod 4: Selamat tinggal....

Hari ni aku bangun awal sbb nak packing barang. Aku masak air siap2 utk buat air mandian (hehe..takut sejuk ler)…pukul 6.30pagi, aku kejutkan anak2 untuk mandi dan bersiap..
Pukul 7.30pg, kitorang gerak ke kafe utk ambil last breakfast di Tioman..menu hari ni mee goreng mmg kegemaran anakanda amar. So, dengan senyum lebar, amar habiskan 2 pinggan mee goreng..huhuhu..aku tak berani nak makan byk, takut termuntah lak dlm feri nnt..

Amar masih menikmati mee goreng..meera lak posing jap..

Bergambar bersama owner chalet..

Ala..nape nampak gemuk jer...(x sedar diri lagi tu..huahua..)

Suami sape le tu..baguih sungguh..rajin bebenor..

Lepas dah kenyang, kami balik ke bilik semula utk ambil semua beg. Tgh tunggu pajero datang, kita posing dulu….

susahnya nak suruh anak2 berposing..Ada yg masam..ada yg buat hal sendiri..meera n najmi gak yang sporting..

Pindah lokasi..tapi, hasil ttp sama..susah sungguh!!!

Kami semua..

Moga persahabatan kita berpanjangan..Amin..
 
Ayu and azhar tgh bagi budak2 makan ubat tahan mabuk..

Disebabkan ramai, 2 biji 4WD le kena htr kami ke Tekek..

4WD utk kami

Beg letak blkg je

Jam 8.30pagi, kami mulakan perjalanan dari Kampung Juara ke Tekek. Selamat tinggal Kg Juara…En faiz dan En najib decide duduk kat blkg pajero, kononnya nak menghirup kesegaran udara hutan..amar n najmi beria pujuk abah2 utk join duduk blkg..tp xleh sbb bahaya kot..

Seronok nampak...

Lalaun yang mendebarkan..

Meredah hutan.

Dan akhirnya, sampailer di Kampung tekek..

View dr atas bukit..

Kampung tekek

View gunung and hutan yang kami redah tadi..

Tgh turunkan beg..

Yana posing di jambatan menuju ke Jeti Tekek.bwh tu bot2 nelayan kot..

Sampai Jeti Tekek, kami daftar nama dan dapatkan pas masuk. Dlm 30minit gak kami tunggu feri..boring menunggu, kami berposing dulu…tak habis2 posing, hihi

View ruang menunggu..

Antara penumpang feri

huhuhu..

Geng mama lagi
Dapat keropok, okay ler dia..

En faiz dah tertido..Anak dia lak sibuk main game..

Akhirnya, feri yg dinanti tiba.. Alhamdulilah, kami dapat seat yang okay kali ni…  gara-gara makan ubat mabuk, semua tido, tapi amar sibuk main game dlm hp abah dia. Aku lak ngantuk tapi xleh nak tido sbb penat melayan karenah yana yang xnak tido… aduhh…bila aku dah terpejam, dia cucuk mata aku sambil jerit ‘angun’ (singkatan bagi perkataan bangun..)…

Tu dia feri kami..masa datang dulu, naik feri gemilang, balik lak naik Bistari 2

Feri mula gerak...Selamat tinggal Tioman...huhuhu (emosi lak time ni..)

View dlm feri..selesa le jugak..

Hehehe..aku n hubby..row depan, family Cikun n Najib, row blkg lak family Azhar n Ayu,..

Tengok tu..mcm2 gaya budak2 ni..ingat rumah korang ke..
Keropok lagi...

Nak susu..

Abah dan anak perempuan dah pengsan..anak lelaki lak sibuk ngan game..

Sampai di Mersing, geng2 bapa pegi ambil keta…so, si ibu2 ni kena le jaga anak2. Fuhh..penat jaga anak2 ni…macam-macam aksi yg diorang buat…
Posing pun dah jadi mcm guru besar...pening nak control budak 7 org ni....(hehe..)

Dah masuk semua brg dlm keta, kami singgah ke R&R Mersing  sebab kitorang tak sempat beli souvenior masa di Pulau Tioman. .. tapi, mmg berbaloi sbb harga barang kat R&R Mersing ni jauh lebih murah dari dlm Pulau Tioman..tapi, lupa nak snap gambar..

Lepas memborong, kami terus konvoi gerak ke Kluang. Aman le sikit dunia bila anak2 semua tidur sepanjang perjalanan sebab keletihan melasak dr awal pagi tadi..budak2 ni kalau jumpa geng, mmg takleh nak kawal..mama cakap pun diorang x heran dah…ishh, betul2  mennguji kesabaran mama le..
Dlm pukul 1 petang kot (dah lupa ler actual time..), kami sampai kat rumah Parents Cikun. Mak ayah cikun dah siap prepare lunch utk kitorang..best giler!!! Siap ada asam pedas and  terubok bakar lagi… bertambah-tambah laki aku makan.. lepas melantak nasi, mak cikun keluarkan lak laksa.. aduh, tak muat dah perut ni…

Anak2 seronok sbb ayah cikun belikan aiskrim, pastu bawa sorang2 naik moto round taman…lama gak lepak kat rumah mak cikun..tima kasih banyak2 makcik ajd pakcik kerana sudi menerima kunjungan kami…

Best dpt aiskrim..

Seronok ye dpt makan aiskrim

lepas asar kami bertolak balik…aku yg kekenyangan terus tertido..sedar2 dah kat highway..jalan lak jem giler..rupa-rupanya polis ada buat roadblock..kami sampai kat Bangi dalam kul 11 kot..akibat penat sangat, aku kemas sket2 jer..then, terus tido..esok kena keja lak, aduhhhh….malassssnya….


Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.