Saturday, June 13, 2015
Pulau Aman: Destinasi untuk pekena Mee Udang sambil bercuti
Tuesday, April 28, 2015
Homestay D Usrati @ Gopeng / Simpang Pulai, Ipoh
Jadi, kalau korang teringin nak bercuti di area Ipoh/Gopeng/Simpang Pulai atau ada urusan tertentu, bolehler menyewa di homestay ni. Call je abg aku, Ustaz Fadli di nombor 013-5969357 (Ustaz Fadli) / 019-5592481 (Cikgu Mazlina).
Antara keistimewaan Homestay ni adalah terletak lokasi yang strategik, berdekatan lebuhraya plus, dekat dengan pusat-pusat pengajian iaitu SBPI Gopeng, Kolej Matrikulasi Gopeng dan Politeknik Ungku Omar. Jadi kalau ada parents yang nak hantar anak daftar masuk pusat-pusat pengajian ni, bolehler menginap di sini. Lepas hantar anak, bolehler pergi bercuti sebab Homestay ni pun dekat dengan beberapa pusat pelancongan seperti Gua Tempurung, Lost world of Tambun dan banyak ler lagi...
Homestay D'Usrati ni amat sesuai kalau korang datang berkeluarga sebab Homestay ni dilengkapi dengan 4 buah bilik tidur dan 2 buah tandas. 3 bilik tidur ni dilengkapi dengan penghawa dingin dan katil queen dan 1 bilik lagi dilengkapi kipas angin dan katil single. Peralatan lain seperti periuk nasi, cerek elektrik, dapur gas, peti ais, mesin basuh pun ada disediakan...
Nak tahu lebih detail, sila le ke website Homestay D'Usrati iaitu http://homestay-d-usrati-ipoh.blogspot.com.
Ni aku jamu sket gambar Homestay D'Usrati yer...
Monday, January 12, 2015
Dunia persekolahan dah bermula utk anakanda arianna
Smlm tanggal 12 Januari 2015, mula ler dunia sekolah bagi my little princess, yana. Mama risau and cuak gak bila fikir camner ler anak manja mama ni nak gi school. Walaupun dah umur 4 tahun, tp yana ni lain sket dari ameera yg lbh independent n lasak tu. Maybe dgn status anak bongsu tu yg buatkan yana ni manja terlebih....huhu
Dan semalam, Alhamdulillah sgt2 sbb yana rileks jer gi school. Maybe sebab ada kakak ameera teman kot. Cuma, bila habis sekolah, muka yana lesu sangat. Letih sangat kot sbb kena belajar dari kul 8 pg sampai ler 12.30 tengahhari. Ameera macam dia ler...rileks jer, siap boleh lompat2 lagi...hihi.
Hmmm...bila semua anak gi sekolah, bibik free ler...sempat lg aku tgk bibik layan citer korea pagi semalam. Huhuhu....
Sunday, November 30, 2014
Tahniah buat anakanda Amar Farouq
Alhamdulillah, tamat sudah sesi persekolahan tahun 2014. Bukan anak2 je lega, mama pun rasa lega sesangat sbb tak perlu lagi bersilat pagi2 siapkan anak2 utk ke sekolah.
Utk anakanda amar farouq, tahniah dari mama dan abah. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong utk abang berusaha lebih dan juga pendorong buat adik2 abang...
MAHA 2014
Alhamdulillah dpt jugak jejak kaki di MAHA 2014. Tak byk pun shopping, setakat cuci mata dgn produk2 baru. :)
InsyaAllah, klu umur panjang..kiya jumpa di MAHA 2016.
Jom layan gambar yg sempat di 'snap'....
Thursday, October 30, 2014
3 jam di penang
Unplanned program. Ituler yg terjd last weekend bila tetiba kitorang kena gi utara sbb husband nak gi tgk rumah kakak dia yg rosak di sungai petani dek terkena angin ribut yg terjadi sebelum ni. Rumah tu kakak ipar saya sewakan sebelum ni. Lepas htr sms pd bos inform aku el pagi jumaat tu, kitorang terus gerak ke utara. Bukan main happy anak2 bila dpt jumpa tokma, tokbah, chelong n cupie yg turut datang dari kelantan.
Lepas setel semua urusan di sungai petani sabtu tu, kitorang gerak ke rumah mak aku di parit buntar. Sampai area butterworth, tetiba aku infom husband yg aku teringin nak tgk jambatan kedua pulau pinang. Terus kami exit butterworth n pegi ke terminal feri butterworth. Saje nak bagi experience naik feri pd anak2. (Sebenarnya mama yg teringin nak baik.. hihi .last aku naik feri dulu tahun 1995 kot..).
Lama gak tunggu utk dpt naik feri tu..:( setengah jam jugak ler.. dlm pukul 3.30 ptg baruler kitorang dapat naik feri.
Seronok sungguh amar, meera n nana dpt naik feri. Sampai ke pulau, kitorang terus gerak ke batu maung utk naik jambatan kedua. Masa lalu tepi pantai area bayan lepas, nampak byk gerai2 tepi pantai. Kitorang pun singgah utk pekena laksa penang, bihun sup n mee kari. Best giler makan sambil bertemankan angin laut yg sepoi2, pemandangan pulau jerejak n bunyi kapal terbang yg kuat atas kepala (maklumler airport dkt tu je). Tambah pulak dpt minum air kelapa segar n ABC...perghhhh!!! Mmg terbaikkkk..
Lepas dah kenyang melantak, kami terus ke jambatan kedua pulau pinang. Mmg panjang jambatan tu sampai anak2 tanya nape x sampai2 lg rumah nenek ni...hihi..
Dlm pukul 7.30 mlm, kitorang sampai rumah mak di sungai kota, parit buntar. Alhamdulillah. ...walau sekejap je di pulau pinang, tapi aku puas hati dpt jejak kaki di tempat aku belajar dulu..terubat rindu lama..huhu
Sunday, September 14, 2014
Akhirnya, adik saya dah jumpa jodohnya.
Alhamdulillah....akhirnya sampai juga jodoh si fadzly ni.
Walaupun kami xde sebarang pertalian darah, tapi ntah kenapa ada bonding sbg kakak n adik antara aku n si fadzly ni. Sebenarnya fadzly ni adalah bekas staf aku di syabas. Dia juga yg byk membantu aku dlm bab2 teknikal sistem bekalan air ni.
Untuk fadzly dan fiya, akak doakan semoga ikatan perkahwinan korang sentiasa dilindungiNya dan diberkatiNya. Banyakkan bersabar dan bertoleransi dlm meniti cabaran hidup ini...








