Tepat kul 12.00 malam, pertunjukan bunga api pun mula...
Aku tak snap gambar banyak pun sbb pening ngan anak-anak aku yang berlari ke sana-sini sbb seronok sgt tgk bunga api...
Akhirnya tahun 2012 dah berlalu dan tahun 2013 menjelma..
Sumber gambar: http://joey39.net/
http://www.business2community.com/marketing/top-marketing-trends-for-2013-0357537
Sedar-sedar dah 2 hari berlalu bagi tahun 2013. Cuti tahun baru dihabiskan dengan mengemas rumah (sebelah pagi) dan melepak di rumah Ayu Azhar (sebelah petang). Bab melepak kat rumah kawan ni, anak-anak le yang happy sgt sbb dapat berkumpul dengan kawan-kawan... gamat satu rumah dengan suara diorang ni....
Tahun 2013 ni juga Ameera memulakan alam persekolahannya...walaupun baru umur 4 tahun, tapi aku rasa tak salah dia mula pegi sekolah.. at least dia belajar something dari cikgu yang lebih terlatih dari bibik aku...So awal-awal lagi, aku dah apply cuti sempena first day Meera pegi sekolah..
Masa sampai sekolah, Meera nampak cool je... siap boleh tanya kak mama kenapa kawan-kawan nangis. Bila nampak dia okay je, aku pun blah le balik rumah...boring kat rumah, aku bawa si Yana pegi UKM utk jumpa Dr. Wardah (wardah ni pernah jadi housemate aku masa buat master dulu). Seronok berborak kat bilik dia, sedar2 dah dkt pukul 11. Aku terus rushing balik utk ambil si Meera dan Amar balik sekolah. sampai sekolah, cikgu cakap Meera nangis... Terkejut aku!! Bila aku tanya Meera nape dia nangis, senang je dia bagi jawapan- "Semua kawan kakak nangis, jadi kakak ikut le nangis". Terkesima aku dengar..boleh ke camtu? Bila aku cerita kat Faiz hal ni, gelak besar dia... memang ragam anak-anak ni mewarnai hati dan perasaan kita sebagai ibu bapa...
Utk first day ni, kanak-kanak 4 tahun ditempatkan berdekatan dapur. Maybe supaya senang cikgu nak pujuk dgn makanan kot..hehe..
Meera masih cool lagi time ni walaupun kelas dah bising dengan tangisan..
Seronok mengulum gula-gula..
Sempat lagi tangan tunjuk 'peace' sambil mulut mengulum gula-gula
sumber : http://wancikgumuzik.blogspot.com/2012/03/kalendar-cuti-umum-2013-senarai-cuti.html
Semoga tahun 2013 lebih baik berbanding tahun 2012, InsyaAllah.. Semoga aku menjadi seorang hamba yang lebih baik, seorang anak yang lebih baik, seorang isteri yang lebih baik, seorang ibu yang lebih baik, seorang pekerja yang lebih baik, seorang kawan yang lebih baik, dan seorang insan yang lebih baik..Amin....
3 comments:
Mira ni.... ish ish... nak kena marah ngan che long ni. Nampak macam tough! Abang dia kan ada!
Mira ikut che long, dalam hati ada taman...hehehe
I like! Taman apa yer?
Post a Comment