Monday, November 23, 2015
November Event 1- Pertunangan Aishah
Monday, October 19, 2015
Majlis resepsi Siti Hajar dan Karim
Thursday, September 3, 2015
Dapat adik ipar baru
30.8.2015, adik aku 'siti hajar' selamat diijabkabul...Alhamdulillah.
Maksudnya anggota keluarga aku pun bertambah le lg sorang. sekarang ni mak aku dah ada 7 menantu dan 22 cucu. Total ahli keluarga aku pun dah jadi 40 orang...memang meriah bila semua berkumpul, hikhik...
InsyaAllah, majlis kawin akan diadakan hari ketiga raya haji ni.
Tuesday, July 21, 2015
Aidilfitri 2015
Alhamdulillah...sekali lagi aku dpt menikmati Ramadhan dan Syawal tahun ni...
Persediaan raya tahun ni ala kadar je memandangkan keadaan ekonomi yg tak comei sgt. Almaklumler dgn adanya GST, harga minyak yg makin naik dan macam2 lg ler..yg penting cukup utk anak2 gembira :).
Tahun ni giliran aidilfitri disambut di bumi kelantan. Utk semua yg mengenali kami sekeluarga, kami ucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin..0-0 yer..:)
Saturday, June 13, 2015
Pulau Aman: Destinasi untuk pekena Mee Udang sambil bercuti
Tuesday, April 28, 2015
Homestay D Usrati @ Gopeng / Simpang Pulai, Ipoh
Jadi, kalau korang teringin nak bercuti di area Ipoh/Gopeng/Simpang Pulai atau ada urusan tertentu, bolehler menyewa di homestay ni. Call je abg aku, Ustaz Fadli di nombor 013-5969357 (Ustaz Fadli) / 019-5592481 (Cikgu Mazlina).
Antara keistimewaan Homestay ni adalah terletak lokasi yang strategik, berdekatan lebuhraya plus, dekat dengan pusat-pusat pengajian iaitu SBPI Gopeng, Kolej Matrikulasi Gopeng dan Politeknik Ungku Omar. Jadi kalau ada parents yang nak hantar anak daftar masuk pusat-pusat pengajian ni, bolehler menginap di sini. Lepas hantar anak, bolehler pergi bercuti sebab Homestay ni pun dekat dengan beberapa pusat pelancongan seperti Gua Tempurung, Lost world of Tambun dan banyak ler lagi...
Homestay D'Usrati ni amat sesuai kalau korang datang berkeluarga sebab Homestay ni dilengkapi dengan 4 buah bilik tidur dan 2 buah tandas. 3 bilik tidur ni dilengkapi dengan penghawa dingin dan katil queen dan 1 bilik lagi dilengkapi kipas angin dan katil single. Peralatan lain seperti periuk nasi, cerek elektrik, dapur gas, peti ais, mesin basuh pun ada disediakan...
Nak tahu lebih detail, sila le ke website Homestay D'Usrati iaitu http://homestay-d-usrati-ipoh.blogspot.com.
Ni aku jamu sket gambar Homestay D'Usrati yer...
Monday, January 12, 2015
Dunia persekolahan dah bermula utk anakanda arianna
Smlm tanggal 12 Januari 2015, mula ler dunia sekolah bagi my little princess, yana. Mama risau and cuak gak bila fikir camner ler anak manja mama ni nak gi school. Walaupun dah umur 4 tahun, tp yana ni lain sket dari ameera yg lbh independent n lasak tu. Maybe dgn status anak bongsu tu yg buatkan yana ni manja terlebih....huhu
Dan semalam, Alhamdulillah sgt2 sbb yana rileks jer gi school. Maybe sebab ada kakak ameera teman kot. Cuma, bila habis sekolah, muka yana lesu sangat. Letih sangat kot sbb kena belajar dari kul 8 pg sampai ler 12.30 tengahhari. Ameera macam dia ler...rileks jer, siap boleh lompat2 lagi...hihi.
Hmmm...bila semua anak gi sekolah, bibik free ler...sempat lg aku tgk bibik layan citer korea pagi semalam. Huhuhu....
















