Saturday, August 8, 2009

Pengalaman Setahun


Tup tap, tup tap.. dah setahun 2 bulan aku bekerja di SYABAS KL. Pengalaman setahun di SYABAS membuatkan aku dah bosan bekerja di bidang perkhidmatan. Kita asyik kena jaga pengguna dan amalkan 'customer is right'. Sampai aku dah bosan nak melayan karenah orang yang asyik komplen air tak berkualiti.

Ntahler, sejak aku masuk kerja semula lepas 2 bulan cuti bersalin, aku rasa takde mood nak keja lagi.. rasa macam nak tukar keje ajer... tengok le kalau ada rezeki lain...

Second baby aku pun dah masuk 4 bulan.... Nur Ameera Farhana namanya. Lahir pada 10 April 2009. Semoga kelahiran meera menambahkan keceriaan keluarga kami.

Saturday, April 4, 2009

Aprilfool dari baby

1 april, aku bangun pagi macam biasa... malas sangat rasa nak pegi keje....hubby aku ada appoinment kat area bangi pagi ni, so, dia pun sambung tido lepas suboh. sakit hati aku tengok dia....
lepas mandi, aku terus bersiap. lagipun, jam dah pukul 6.30am. tetiba, aku rasa macam ada benda keluar dari faraj. bila aku check, darah!!!! tapi,..... aku rasa aku baru 35minggu lebih, takkan baby nak kuar dah.... aku kejutkan faiz dan inform dia.. dia kata tak payah pegi keje le.... aku terfikir yang hari ni kena submit report monthly, Ot staf dan banyak lagi yg aku kena sign...
lastly, aku decide nak pegi ofis gak.. kalau sakit, aku balik le nanti....

kat ofis, contraction makin terasa, tapi tak kerap sangat.....aku siapkan semua yang patut termasuk ler jadual take over keje aku....
pukul 8 mlm aku sampai rumah, masih rasa okay lagi....
pukul 10.00 mlm, contraction makin kerap, every 10 minit... aku baring jer.. amar pun dah tido.. so, boleh ler aku rileks.... pukul 11, contraction every 5 minutes. faiz terus kemas barang-barang aku. Aku inform bibik utk take care amar. kul 11 lebih aku terus pegi hospital putrajaya. Sampai kat hospital, contraction aku every 2 minutes. Dr dah gabra sebab aku sakit sangat. bila check, baru buka 1 cm. Argggghhh!!!!! tensionnya aku.....lastly, Dr decide bagi kat aku ubat tahan sakit dan ubat matangkan paru-paru baby sebab baby baru 35 minggu....sakitnya masa cucuk ubat tu hanya tuhan je yang tahu....

Lepas cucuk tu, aku terus lalok....masa diorang hantar ke wad pun, aku dah mamai giler...aku terus tertido, faiz balik pun aku dah tak ingat sangat....
pukul 9pg, nurse kejutkan aku.... diorang check yang contraction aku dah stop..... bukaan pun masih 1 cm.....
Bila Dr datang check, Dr pun terkejut sebab contraction aku fully stop... Dr gelak je, dia kata baby nak buat APRILFOOL kat mama dia... aku pun senyum jer... dua malam aku kat wad. lepas Dr confident yang mmg condition aku okay, aku dibenarkan pulang...
Sekarang ni aku berehat kat rumah sambil tunggu masanya tiba....
dalam perut pun, baby dah pandai buat Aprilfool, dah kuar nanti macam mana le dia agaknya.....
yang penting, baby lahir dengan selamat......
nampaknya Aprilfool tahun ni memang menyebabkan aku dan faiz porak peranda.......hehe...

Saturday, January 31, 2009

2009.....

Actually otak aku tengah blur untuk tulis dalam blog ni...tapi, aku tak boleh nak tido... amar tak berapa sihat seminggu.. kena infection batuk..asyik batuk je masa tido dan akhirnya dia muntah.... tu yang aku risau, takut dia tersedak, or muntah tu masuk hidung or ruang pernafasan and go to his lung.. tak pasal2 kena infection paru-paru lak...ini ler dugaan jadi seorang ibu kan... dengan keadaan kandungan aku yang makin membesar, aku makin tak bertenaga akhir-akhir ni.

Beban keje tahun 2009 ni plak makin banyak...kadang-kadang rasa fed-up nak keje lagi..tapi, bila aku fikir keadaan kewangan tahun 2009 yang makin tak menentu, better aku stay dengan keje aku ni... atleast aku bekerja dengan company perkhidmatan yang tak akan bankrap. kalau kerajaan negeri nak take over pun, aku tak kisah....cuma aku harap staf aku dapat beri komitmen yang baik dan aku dapat pastikan unit aku mencapai apa yang disasarkan...

kalau dulu, aku rasa aku tak layak jadi bos sebab management skill aku yang masih mentah, tapi tahun 2009 ni, aku dapat rasa yang aku dah dapat manage unit aku dengan baik... staf pun makin mudah beri kerjasama yang baik.... hopefully, semuanya akan berjalan lancar pada tahun 2009 ni...

Aku cuma harap pada tahun 2009 ni....
i) anak kedua ni lahir dengan selamat
ii) kehidupan family aku yang makin bahagia dan ceria dengan kelahiran orang baru
iii) keje aku yang makin sukses
iv) my hubby, amar, baby sentiasa sihat n happy.....

Semoga yang aku impikan menjadi kenyataan.. tapi, kita hanya mampu merancang, Dia yang menentukan segalanya.......

Tuesday, December 2, 2008

Kehidupan yang makin berubah...

Aku MC hari ni... so, aku pun surf le internet yang hubby aku baru je connect 2 hari lepas...katanya untuk mudahkan aku buat keje sebab sibuk sangat dengan keje.

Actually, banyak yang makin berubah dalam kehidupan aku hari ini...

Aku bleeding baru-baru ni. So, tadi aku pegi klinik buat check-up. Doktor kata kandungan aku okay, cuma uri kat bawah. so, senang nak bleeding kalau aku lasak sangat. Dr nasihat aku banyakkan rehat dan kurangkan aktiviti keje yang lasak2. Macam manaler aku nak relaks kalau satu hari tu bos asyik panggil aku turun bilik dia dekat 10 kali. Dah ler bilik aku level 3, dia level 1. Kalau ada lif, takpe le gak.. Ni aku kena turun naik tangga... Tu, tak kira lagi kalau big boss yang panggil... tension aku... aku sebenarnya dah bosan dengan keje aku ni..tapi, aku sayang nak tinggalkan keje ni...mungkin belum masanya aku tinggalkan keje ni lagi..

Cma pun dah start keje kat area KLCC. Wanie lak dah tukar keje ke terengganu. Makin susah ler kitorang nak berkumpul. Kalau dulu, mudah je aku panggil diorang lepak umah aku hujung minggu, tapi, sekarang, amar tak dapat lagi nak main dengan auntie2 dia ni... hanya bibik je yang teman dia..

Lagi 5 bulan aku akan deliver baby dan amar farouq akan jadi abang. Macam mana le amar nak terima hakikat yang dia dah ada adik yang menyebabkan perhatian mama dan abah padanya kurang sedikit? aku harap aku dapat handle situation yang berlaku kelak....aku juga harap baby dalam perut aku ni sihat dan lahir dengan selamat nanti, InsyaAllah...

Sunday, October 26, 2008

Second baby..

Bulan puasa lepas, aku rasa asyik tak sihat jer... kat ofis pun, asyik nak marah jer.. bila aku pegi check, rupa-rupanya aku mengandung....

hmm...dalam gembira, aku rasa risau gak..mampu ke aku mengandung dalam keadaan kerja yang pressure ni? Husband aku bagi sokongan agar aku kuat tempuhi hari-hari yang bakal mendatang... nampaknya bulan 5 tahun depan, amar farouq akan jadi abang....

Semoga Allah memberi aku kekuatan untuk hadapi dugaan kali ini...

Friday, July 18, 2008

Kehidupan yang makin mencabar...

Dah hampir dua bulan aku keje kat SYABAS... Alhamdulillah, aku dah boleh adapt dengan tekanan keje dan kesibukan harian..
Cuma, aku tak sabar nak pindah ofis ke sungai besi, at least dekat sket dengan rumah aku kat bangi ni...dengar-dengar cite, kitorang pindah lepas raya ni...lambat lagi ler....
Keje kat Bangsar ni, asyik kena face dengan traffic jam je...sampai tekanan darah pun asyik naik gak...
Rindu aku dengan environment keje kat UKM dulu, rileks, jalan pun lengang, pressure pun sket jer..hmmm, nak buat camner, aku yang cari penyakit nak tukar tempat keje..
Faiz cakap yang aku makin kasar sejak keja kat SYABAS ni... aku tersenyum jer... maklumler kat ofis aku, bahagian teknikal, semua lelaki, manager punya PA je perempuan... so, bila aku masuk bahagian teknikal, terpaksaler bekerja dengan lelaki...so, makin kasar le aku... hmmm..ntahler..

Friday, June 13, 2008

Tekanan keje baru...

Baru hari ni aku ada masa untuk buka serve internet... kalau tak, keje aku asyik meeting and buat report....habis satu report, ada report lain... Langsung takde masa aku nak duduk rehat kejap or nak borak-borak ngan org lain... makan pun tak tenang, baru nak makan, dah kena panggil dgn bos...TENSIONNYER!!!!

Staf aku pulak macam-macam perangai, banyak menyakitkan hati jer.....masing-masing banyak alasan tak nak buat keje...kalau ada kuasa, dah lama aku pecat diorang yang pemalas tu... yang kuat membodek pun ramai....aku paling benci bila ada orang bodek aku!

Kalau kat UKM dulu, aku boleh balik kul 5 petang, sekarang kat SYABAS.....pukul 9 mlm, baru ler bos aku bagi balik...SAKIT HATI GILER!!!! Kesian kat amar, bangun tido, mama dah takde....lewat malam, baru nampak muka mama.... itu pun, tak sampai setengah jam, aku dah masuk tido...takde masa pun nak main-main ngan amar....
apa nak jadi ngan life aku ni... aku rasa macam aku tersilap buat pilihan...faiz pun aku tak tak ambil kisah dah....kesian kat dia..mujur dia faham situasi aku, kalau nampak aku letih sangat balik keje tu, dia yang melayan amar...

Hmm...ntahler, aku harap...aku makin kuat hadapi dugaan semua ni...

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.