Wednesday, February 20, 2013

Tabik buat suri rumah yang berjaya

Hari ni genap seminggu aku menguruskan rumah tanpa bantuan Bibik... Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...(hehe..ayat kena power walaupun hal remeh temeh je ).

Memang tak menang tangan untuk uruskan semua... klu dulu aku bangun kul 5.30am, sekarang aku terpaksa bangun kul 4.30am dan ini ler skop keje aku seharian..

4.30 am - 5.30am
- Basuh pinggan mangkuk yang ada dalam sinki (klu tak sempat dibasuh sebelum tido)
- Tadah air tapisan untuk dimasak
- Masak makanan breakfast (simple2 je such as nasi goreng, mee goreng, bihun goreng..)
- Buat air milo untuk anak-anak
- Kemas ruang tamu yg tak terkemas sebelum tido (maklumler si Meera suka sangat sepahkan ruang tamu dgn permainan dan buku mewarna dia...maybe dia rasa cantik kot kalau sepah gitu..)
- Hidang makanan siap2 atas meja makan
- Kemas semula dapur, basuh kuali, etc yang digunakan utk masak.
- Siapkan baju sekolah anak utk dipakai
- Siapkan beg sekolah Amar dan Meera, barang utk daycare, dan beg taska Yana
(lebih senang buat semua ni pada waktu ni sbb takde gangguan dari anak2 yang masih tido di tingkat atas... so bila hanya aku sorang kat level bawah, lebih senang untuk keje mengemas)

5.30 am- 6.00am
- mandi
- bersiap
- Kejutkan En Faiz (mmm...alhamdulillah, klu dulu kena kejut dengan plbagai teknik, sekarang sekali kejut, En Faiz terus bangun..thanks abg kerana memudahkan urusan ayg...)
- solat subuh
- kemas katil dan bilik

6.00 am-6.45am
- Kejutkan Amar n Meera (kadang-kadang boleh amik masa yang lama sebab nak menangani karenah diorang yang tak nak bangun... kesabaran kena tinggi betul ni..)
- Mandikan amar n meera
- Pakaikan baju dan siapkan seadanya
- Teman Amar n Meera breakfast sambil melayan karenah yang pelbagai
- Klu si yana dah bangun, kena lak melayan dia..

6.45am
- Masukkan brg2  dlm keta
- Angkat Si Yana dlm keta
- Htr anak2 (Klu En Faiz tak outstation, aku htr Yana, En Faiz akan htr Amar n Meera. Terpaksa buat camni sbb ofis hour aku start at 8.00 am.. dekat sejam gak perjalanan dari bangi ke Seremban 2)

8-00 am - 5.15pm - Office hour..

5.20pm
- punch out
- drive laju2 (mudah-mudahan Allah melindungi aku sepanjang perjalanan..hehe)
- ambil Yana (lebih kurang dlm 6.10-6.20 le aku sampai taska Yana)
- Ambil Amar dan Meera

6.30pm (anggaran masa normal sampai rumah)
- mandikan Amar dan Meera (kat tadika PASTI, diorang mandi tengahhari je..)
- Rendam baju anak2 yang basah dgn peluh
- kutip baju di ampaian (kalau ada ler..)
- Siapkan makanan dinner (lebih kepada memanaskan lauk yang dah dimasak mlm sebelumnya dan prepare hidangan tambahan yg simple2 je)
- Dinner with anak2 (actually lebih kpd suap si Yana n Meera ler)
- Kemas meja makan

7.45 pm
- mandi, solat maghrib

8.15 pm
- basuh baju
- lipat baju yang dikutip
- supervise amar buat keje sekolah
- masak lauk utk esok hari (aku buat yg simple2 je such as sup or kari ayam, etc)
- sidai baju yg dibasuh

10.00-10.30 pm
- tidokan anak2. smlm aku yg tertido dulu sbb letih sgt kot...hehe...

Huhhh...nak listkan ni pun aku dah rasa penat.. ni lak, nak implement semua ni supaya sukses...,
kalau tak cukup sabar, mulut ni rasa nak menjerit je...
Hmm, tapi...bila aku fikir2 balik, actually aku masih ada 9 jam di ofis yang mana badan aku boleh berehat sbb skop keje aku lebih banyak gunakan otak dr tenaga... so, aku still ada 9 jam utk rehatkan otot2 n sendi2 aku... tapi, camner lak dengan suri rumah sepenuh masa?

Fuhh, mesti penat giler kan... so, aku tabik spring kat suri rumah yang berjaya ni... maksud suri rumah yang berjaya ni adalah mereka yang berjaya menjaga keharmonian hubungan suami isteri, keperluan anak2 yang selengkapnya, rumah yang rapi dan menjaga hubungan denganNya...

Mudah-mudahan aku mendapat kekuatan utk menjadi isteri, ibu, pekerja dan hambaNya yang  berjaya..Aminnn...

Tetiba lak aku teringat kat Bibik Ros (1st pembantu rumah yang aku pakai tahun 2007-2009). Bibik Ros ni pengemas sangat, bersopan santun...tapi, dia kena balik kampung sebab husband dan mak mertua sakit...so, dia nak jaga mak mertua dia, tapi 3 hari before tarikh flight, mak mertua dia meninggal.. sian lak sbb niat dia nak jaga mak mertua tak kesampaian...nak sambung kontrak pun takleh sbb kami dah apply Check Out Memo dari imegresen dan kami pun dah uruskan pengambilan bibik yang kedua ni (Bibik Nor)...

Bibik Ros (tengah) tgh pegang Meera yang berumur baru 3 bulan. Amar baru 2 tahun lebih masa ni.. Baju merah tu, abg sepupu amar, Cupie..

(P/s: entry ni tak berniat untuk menunjukkan kerajinan aku buat keje, sekadar nak share pengalaman yang tak seberapa....)


Sunday, February 17, 2013

Dugaan Allah buat hambaNya...

Terlalu lama rasanya blog ni tak dijengah...gambar trip ke Cameron Highlands pun tak sempat diupload... Ntahler, bulan Februari ni terlalu banyak dugaan yang menimpa hinggakan nafas pun disedut dirasa bagaikan tak cukup..sesak sungguh dada ni hingga kekadang terasa bagaikan ada batu besar yang menghempap...

Bila difikirkan, kekadang Allah sengaja memberi dugaan supaya kita ingat kembali kepadaNya...Jadi, sebagai hambaNya, kita mesti tabah dan redha atas segala dugaan ini...

Buat mereka yg ada pembantu rumah asing (PRA), jadikan kisah aku ni sebagai iktibar... 3 tahun setengah, aku percaya pada Bibik, tapi rupa-rupanya dalam diam dia bagaikan gunting dalam lipatan... Tanpa rasa bersalah, duit tabung anak2 yang aku anggarkan sekurang-kurangnya RM1000 dikoreknya hingga hampir kosong..cincin tunang aku pun dikebasnya. Ishh...gelang meera pun lesap terus..baju anak2 yg dia difikirkan cantik turut dikebas...  tak cukup dengan jadi pencuri, dia jaja pulak cerita pasal keluarga aku pada semua jiran2.... yang aku marah sangat tu sebab semua cerita yang dijaja adalah rekaan dan fantasi si bibik ni...Palsu belaka!


Walau berat keputusan yang diambil, aku terpaksa hantar Bibik balik... Aku taknak bela dan simpan lagi pencuri dan penipu di rumah aku.. tapi, susahnya nak explain pada anak2 yang marah bila Bibik yang dah jadi sebahagian kehidupan diorang selama bertahun-tahun pergi dengan tetiba..  Amar siap cakap yg dia nak pegi Indon dan stay dengan bibik kat sana...baru aku sedar yang anak2 perlukan lebih perhatian dari ibu mereka..

Aduh, banyak yang perlu difikirkan...
....Mana nak hantar si kecil Yana yang tak pernah berenggang dari aku dan Bibik?
....Camner Amar dan Meera nak survive utk 'daycare' lepas sesi sekolah..yang mana, sebelum ni semua Bibik uruskan dari mandi, makan, etc....
....Bolehke aku uruskan semua kerja rumah dengan baik tanpa bantuan pembantu..

Bila difikirkan, terasa sesaknya dada ni...Ya Allah, Kau tabahkanlah hati hambaMu ini untuk menempuh semua dugaan ini...


Mama harap anak-anak mama tabah dengaan dugaan ini... (salah satu gambar masa trip ke Cameron Highlands)

Monday, January 28, 2013

TRIP TO CAMERON HIGHLANDS

Alhamdulillah, pukul 1 pagi tadi kami selamat sampai rumah selepas bercuti di Kampung Parit Buntar, Perak dan Cameron Highlands.
So, hari cuti hari ni dihabiskan untuk merehatkan penat lelah..

Sunday, January 13, 2013

IC Baru.

Baru-baru ni aku pegi bank utk urusan kiriman wang bibik aku ke indonesia... disebabkan lama sangat tunggu no giliran aku dipanggil, aku pun gi tanya kat Cik kaunter khidmat pelanggan psl urusan tukar kad bank aku yg still version lama..Cik kaunter ni dengan baik hatinya try utk proses pertukaran kad aku..tapi, masalahnya kad pengenalan aku dah rosak, tak boleh masuk dalam slot pengimbas cip sebab plastik lapik kad IC aku dah terkopek.. disebabkab Cik kaunter takut slot pengimbas cip tu rosak, dia minta aku tukar kad IC dulu... tu ler alkisahnya nape aku plan utk tukar kad IC...

So, sabtu lepas aku pun pegi JPN Putrajaya dengan ditemani anakanda Arianna...senang sket bawa si Yana ni sebab tak banyak karenah..dia akan ikut je bontot aku, tak macam Meera dan Amar yang akan paksa aku lak ikut kehendak diorang...

Aku sampai JPN dah dekat kul 9.30am. sampai kat aras 2, aku terus ambil nombor..aduh, nombor aku ke 0123 walaupun baru 30 minit kaunter dibuka.


Risau gak takut lama sangat nak settle, sian lak kat Yana sebab selalunya dia tido time tghr ni... Tapi, alhamdulillah, tak sampai 15 minit melepak, nombor aku dipanggil. Lepas buat pendaftaran, tukar alamat, bayar RM10, Cik kaunter tu suruh aku pegi kaunter ambil gambar.. aku cakap yang aku nak guna rekod gambar lama je..dia cakap takleh sebab gambar tu rekod 2003, dah lama sangat..

huahua..tak bestnyer sebab aku tak ready nak ambil gambar pun..tapi, dah arahan..aku pun tunggu di depan kaunter ambil gambar..ramai gak org tgh tunggu..dlm 30 minit menunggu, nombor aku dipanggil...Cik kaunter tu snap gambar aku dua kali.then, dia tanya okay tak? aku tengok gambar aku masam giler...tapi segan lak nak suruh dia snap lagi skali. Hmm, nak buat camner, mmg tu rupa aku...walaupun tak cantik manis macam yg diidamkan, tapi aku bersyukur sekurang-kurangnya aku punya cukup panca indera...Alhamdulillah..

Then, Cik kaunter tu cakap aku boleh dtg collect kad aku next monday..jadi, total masa aku spent kat JPN utk buat kad baru hanya ambil masa 50 minit je..Syabas buat warga JPN kerana berjaya memberi servis yang memuaskan..

Jadi, hr ni memandangkan aku cuti sempena Cuti Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, aku ambil peluang ni utk collect kad aku..aku hanya ambil masa 5 minit dr ambil nombor hingga dapat kad baru aku...memang good service JPN!!

Dan ini le hasilnya, kad IC baru aku....huuwaa, aku dah tua!!!!!

IC lama yang dah rosak..tahun 2003. Mana lebih okay? Yang lama or baru?hehe

Sebelum balik, ada upah utk Yana yang berperangai baik sepanjang menemani aku 2 hari berurusan di JPN ni... actually, playground kecil ni ada kat aras 2 JPN..Yana asyik jeling je playground ni dari hari sabtu lepas lagi sebab dia teringin nak main, tapi dia tak berani nak request sebab takut mama marah...so, hari ni mama bagi main..




Utk Yana, thanks sebab teman mama! mama sayangggg awak....

OH UDANG GALAH!!


Selasa n Rabu last week, En Faiz outstation ke Kuantan dengan his bigbos, Mr Vernon. Diorang balik ke KL hari rabu tu agak lewat sket…aku tak sedar pun bila En Faiz sampai rumah sebab tengah lena diulit mimpi..sedar2 dlm kul 2 pagi, encik suami dah tido di sebelah.. bangun pagi Khamis tu, aku tgk atas meja makan ada bekas polisterin putih saiz besar..bila aku buka, ada separuh bekas ketul ais. Mesti ada benda yg laki aku bawa balik ni di sebalik ketulan ais tu..selalunya ikan sungai yang dipancing oleh bos laki aku tu… 

Bila aku tanya psl kandungan dlm bekas polisterin tu, en suami cakap ada udang galah..aikk, dapat dari mana lak udang galah ni? Actually, dah lama aku tak makan udang galah. Bukan apa, mahal sangat le, rasa macam tak berbaloi bayar mahal-mahal just utk makan udang galah ni kat kedai. Lebih baik kos utk makan udang galah tu aku belanjakan utk beli baju or kasut aku...hahaha.. 

Rupanya Mr Vernon pegi pancing udang lak kali ni…Alhamdulillah, rezeki le katakan... so, ni ler sebahagian udang2 galah yang dipancing dan disumbang oleh Mr Vernon…


Walaupun xde le banyak sgt, tapi..lebih dari sekilo beratnya...

Amar seronok dpt pegang udang galah..

Disebabkan aku rushing nak gi keje, semua udang2 ni disumbat ke dalam peti ais. Kat pejabat, aku terfikir nak masak udang galah lemak cili padi. Boleh le dijadikan santapan makan malam, merangkap juadah berbuka puasa disebabkan aku puasa hari tu…tetiba masa lunch time, aku dapat call dari En suami request supaya udang ni dimasak tomyam or sup…

Jadi, sampai rumah dalam kul 6.30pm, aku terus masuk dapur dan mulakan masak. Aku hanya ada masa kurang 1 jam utk sediakan makan malam sebelum azan berbunyi..so, aku buat simple je ler..
Dan ini ler hasilnya....
Udang galah masak tomyam (antara sayur n bahan lain yang dicampak ke dalam tomyam ni i.e cendawan, kobis, lobak merah, pucuk jagung, cauliflower, brokoli, tomato, bawang holland, serai, cili padi, daun limau purut)

Sebagai tambahan hidangan, daging salai n udang galah goreng (ni udang yang bersaiz kecil). Telur dadar atas dapur lagi...


Disebabkan anak2 taknak makan udang ni, so aku terpaksa le buat telur dadar utk diorang...hehe, sian anak2 terpaksa makan simple sedangkan mama n abah melantak udang galah...

Monday, January 7, 2013

Trip to Port Dickson – Day 2


Actually, entry utk post dah lama ditulis, sama time ngan entry Trip to Port Dickson-Day 1. Tapi, aku tak post sbb tunggu satu gambar dari Cikun, gambar kami semua 3 family tepi kolam renang. Tapi, tunggu dek tunggu, gambar tak kunjung tiba...maybe, Cikun pun sibuk ngan keje  sampai lupa nak email gambar tu kat aku.. Takpelah, maybe takde rezeki gambar tu untuk dimasukkan ke entry ni kan...

Anyway, kita sambung story utk Day 2.................

Disebabkan keletihan Day 1, susah giler aku nak kejutkan anak-anak bangun pagi.. Ikut perancangan, pukul 8 dah siap kat tepi pantai…Tapi, biasaler….kul 9 lebih baru le sampai kat pantai…tu pun, kitorang ambil simple breakfast je kat bilik Cikun n Najib..Nescafe n roti kaya je…
Kali ni sesi main pantai memang berbaloi sbb air masih pasang… aku pun ambil kesempatan utk mandi ngan anak-anak. Amar paling enjoy sbb abah melayan dia main air…gambar yang disnap pun tak byk sbb photographer semua main air…hehe…

Amar dok usung itik ni ke hulur hilir

Mama, abah, Amar n Meera

Day 2 ni, Yana lebih suka main pasir..

meera masih fobia dgn air..

Abah tak bosan pujuk anak daranya utk main air..

Akhirnya, boleh le amik gambar kejap dgn abah dlm air..

mama pun nak bergambar ngan abah..hehe

Best main air..

Cikun dan anak daranya..

  Bibik melayan anak-anak main pasir..Ayu pun teman anak sekali..

Dah puas main pantai, kitorang naik lak ke swimming pool…tak lama pun kat swimming pool tu, dalam 1 jam je sbb time checkout dah hampir… atas budi bicara pihak pengurusan, kami dapat check out lewat sket (dlm kul 12.30 tghr).

Disebabkan perut dah berbunyi, kami singgah makan tengahari dulu.. lepas kenyang melantak, kami plan nak singgah muzium tentera darat...baru je keluar dari parking nak masuk jalan utama, kereta dah stuck dlm jam....  nak sampai simpang ke muzium tu patutnya 10 minit je... tapi, lepas sejam stuck dlm jam, kami tak sampai-sampai lagi ke simpang tu... rupanya, ada program kat kem tentera PD tu...

Disebabkan tension sgt dengan jem, kitorang cancell plan dan akhirnya terus gerak balik ke Bangi... anak-anak pun dah tertidur keletihan... walaupun trip ni dibuat secara mengejut, namun aku n faiz puas sebab anak-anak enjoy....

InsyaAllah, semoga next holiday trip akan lebih menggembirakan anak-anak...

Thursday, January 3, 2013

Setahun lagi berlalu (Goodbye Year 2012, Welcome for Year 2013)

Balik keje hari Isnin yang lalu, tetiba Faiz cakap yang dia nak bawa anak-anak tengok bunga api.. so, dlm kul 10mlm, kitorang keluar pegi dinner kat Restoran Upin Ipin Bandar Baru Bangi..kalau sebelum ni, aku komen positif  pasal makanan kat restoran ni (http://af-aziey.blogspot.com/2012/12/dinner-di-restoran-upin-dan-ipin.html) tapi kali ni, hidangan yang kami dapat serba tak kena...nasi goreng belacan masin giler!!! Lepas dinner kat Restoran Upin Ipin, kitorang pegi Putrajaya..Ya Allah, ramainya umat manusia!! parking pun takde..lepas tiga kali pusing n takde parking utk kami, faiz decide utk pegi PICC...kat PICC pun ramai orang.. tapi, okayler...

Tepat kul 12.00 malam, pertunjukan bunga api pun mula...


Aku tak snap gambar banyak pun sbb pening ngan anak-anak aku yang berlari ke sana-sini sbb seronok sgt tgk bunga api...

Akhirnya tahun 2012 dah berlalu dan tahun 2013 menjelma..

 
Sumber gambar: http://joey39.net/

http://www.business2community.com/marketing/top-marketing-trends-for-2013-0357537

Sedar-sedar dah 2 hari berlalu bagi tahun 2013. Cuti tahun baru dihabiskan dengan mengemas rumah (sebelah pagi) dan melepak di rumah Ayu Azhar (sebelah petang). Bab melepak kat rumah kawan ni, anak-anak le yang happy sgt sbb dapat berkumpul dengan kawan-kawan... gamat satu rumah dengan suara diorang ni....




Tahun 2013 ni juga Ameera memulakan alam persekolahannya...walaupun baru umur 4 tahun, tapi aku rasa tak salah dia mula pegi sekolah.. at least dia belajar something dari cikgu yang lebih terlatih dari bibik aku...So awal-awal lagi, aku dah apply cuti sempena first day Meera pegi sekolah..

Masa sampai sekolah, Meera nampak cool je... siap boleh tanya kak mama kenapa kawan-kawan nangis. Bila nampak dia okay je, aku pun blah le balik rumah...boring kat rumah, aku bawa si Yana pegi UKM utk  jumpa Dr. Wardah (wardah ni pernah jadi housemate aku masa buat master dulu). Seronok berborak kat bilik dia, sedar2 dah dkt pukul 11. Aku terus rushing balik utk ambil si Meera dan Amar balik sekolah. sampai sekolah, cikgu cakap Meera nangis... Terkejut aku!! Bila aku tanya Meera nape dia nangis, senang je dia bagi jawapan- "Semua kawan kakak nangis, jadi kakak ikut le nangis". Terkesima aku dengar..boleh ke camtu? Bila aku cerita kat Faiz hal ni, gelak besar dia... memang ragam anak-anak ni mewarnai hati dan perasaan kita sebagai ibu bapa...

 Utk first day ni, kanak-kanak 4 tahun ditempatkan berdekatan dapur. Maybe supaya senang cikgu nak pujuk dgn makanan kot..hehe..

Meera masih cool lagi time ni walaupun kelas dah bising dengan tangisan..

Seronok mengulum gula-gula..

Sempat lagi tangan tunjuk 'peace' sambil mulut mengulum gula-gula

Tukar tahun, bermakna kalendar meja pun kena tukar ler.. So, aku sempat le study sket kalendar tahun ni utk buat preparation cuti-cuti. yang pasti, hujung bulan ni aku kena apply cuti utk pegi Cameron Highland... korang dah plan hari utk apply cuti? hehe...
 
sumber : http://wancikgumuzik.blogspot.com/2012/03/kalendar-cuti-umum-2013-senarai-cuti.html


Semoga tahun 2013 lebih baik berbanding tahun 2012, InsyaAllah.. Semoga aku menjadi seorang hamba yang lebih baik, seorang anak yang lebih baik, seorang isteri yang lebih baik, seorang ibu yang lebih baik, seorang pekerja yang lebih baik, seorang kawan yang lebih baik, dan seorang insan yang lebih baik..Amin....

Renungan sejenak

Usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan kejayaan kecuali dengan takdirNya; yang terselindung seribu satu hikmah disebaliknya.